Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tangkap Man Parang Selesai 6 Kes Samun

Diterbitkan: 23 Aug 2014 10.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
POLIS TANGKAP MAN PARANG, SELESAI 6 KES SAMUN Kota Kinabalu, 22 Ogos - Polis percaya telah menyelesaikan enam kes membabitkan samun dan pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki dikenali sebagai Man Parang di sebuah minyak di Jalan Tuaran, Menggatal, dekat sini Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-man-parang-selesai-6-kes-samun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:10 MYT
POLIS TANGKAP MAN PARANG, SELESAI 6 KES SAMUN

Kota Kinabalu, 22 Ogos - Polis percaya telah menyelesaikan enam kes membabitkan samun dan pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki dikenali sebagai Man Parang di sebuah minyak di Jalan Tuaran, Menggatal, dekat sini Selasa lalu. 

Suspek yang merupakan warga tempatan berusia 31 tahun ditahan ketika sedang berlegar-legar di stesen minyak tersebut kira-kira pukul 7.25 malam. 

Lelaki yang berasal dari Taman Telipok Ria, dekat sini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun serta pecah rumah secara berasingan sejak 15 hingga 19 Ogos lalu, di sekitar Kota Kinabalu, selain dipercayai mencabul empat mangsa wanita berusia 25 hingga 48 tahun. 
Polis Tangkap Man Parang Selesai 6 Kes Samun
Modus operandi lelaki itu adalah menyamun mangsa dengan menggunakan sebilah parang dan kemudiannya mencabul mangsa itu, malah lebih keji suspek juga pernah memaksa dua daripada empat mangsa terlibat untuk melakukan perbuatan seks luar tabii sebelum melarikan diri bersama barangan berharga. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berKata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes membabitkan aktiviti samun dan pecah rumah di sekitar ibu negeri. 

"Dalam kejadian terbaharu iaitu kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa lalu, suspek dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Kepayan yang dihuni oleh dua pelajar wanita berusia lingkungan 25 tahun. 

"Suspek difahamkan bertindak menekup muka mangsa menggunakan kain sambil mengacukan sebilah parang ke leher mereka dan suspek telah memaksa kedua-dua mangsa melakukan perbuatan seks luar tabii sebelum melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. 

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2014 10.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM