Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Terus Lebar Penguasaan

Diterbitkan: 24 Aug 2014 12.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PDRM FA menempatkan diri dalam kedudukan selesa ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terus-lebar-penguasaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:49 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos - PDRM FA menempatkan diri dalam kedudukan selesa ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan malam tadi.

PDRM FA selaku juara Liga Perdana musim ini, melengkapkan pusingan pertama dengan rekod bersih selepas mengalahkan T-Team 4-1 bagi saingan kumpulan D di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

'The Cops' membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Bobby Gonzales, seterusnya pemain import, Ashfaq Ali yang berasal dari Maldives, meledakkan gol kedua pada minit ke-23 dan Bobby sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-66.

Seterusnya, Charles Souza Chad mengesahkan kemenangan PDRM menerusi jaringan keempat pada minit ke-83 manakala gol tunggal T-Team disumbangkan oleh pemain import dari Rwanda, Jimmy Mulisa pada minit ke-86.

Kemenangan itu mengekalkan ‘The Cops’ sebagai pendahulu kumpulan D

Pdrm Terus Lebar Penguasaan

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2014 12.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM