Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Seri
Kembangan - 3 Julai 2009 . Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM
- ATM & Seminar National Security / Policing in a Modern Society -
Issues and Challenges telah berlangsung di Royal Ballroom III, Palace of
Golden Horses bermula dari 1 Julai 2009 dan berakhir pada 3 Julai 2009.
Mesyuarat yang dikendalikan oleh PDRM ini adalah pertemuan kali kelima selepas mesyuarat yang keempat pada 17 November 2008.
Mesyuarat
Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM telah dipengerusikan oleh YDH
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan dan Panglima
Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj
Zainal. Turut hadir di mesyuarat itu ialah YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj
Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail
bin Hj Jamaluddin, Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato'
Sri Abdul Aziz bin Hj Jaffar, Panglima Tentera Laut, YBhg. Jeneral Tan
Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Tentera Udara, YDH
Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia dan juga delegasi PDRM dan
ATM.
Dalam
mesyuarat tersebut, perkara-perkara yang dibincangkan adalah perkongsian
maklumat dan juga risikan keselamatan negara, meningkatkan kerjasama
dan koordinasi khususnya dibidang terrorisme
dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kegiatan militant di
kalangan kaum dan kumpulan-kumpulan agama. Selain itu masalah-masalah
pendatang asing tanpa izin yang terus membelenggu keselamatan negara
juga turut dibincang selain terus menerokai kerjasama di bidang
perisikan yang meliputi ancaman terhadap keselamatan dari
kumpulan-kumpulan militant luar negara terutamanya dari selatan
Filipina, Indonesia dan selatan Thailand.
Dibidang latihan bersama dan kursus pula, PDRM dan ATM terus meningkatkan kerjasama dan perkongsian keupayaan atau capacity sharing dengan menumpukan kepada latihan yang ada kaitan kepada Core Business.
Pada mesyuarat yang lalu, PDRM dan ATM telah menandatangani satu
memorandum persefahaman yang telah memutuskan akan menjadi framework
bagi kerjasama dalam bidang operasi dan latihan yang dalam proses
Jawatankuasa Penyelarasan Operasi dan Latihan (JPOL) agar tidak
bertindih dan berlaku pembaziran.
Selepas
mesyuarat, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera
Malaysia telah mengikuti Seminar National Security / Policing in a
Modern Society - Issues and Challenges yang telah dirasmikan oleh YB
Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Royal
Ballroom 111, Palace of Golden Horses. Seramai 86 orang peserta dari
Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Dalam
Negeri, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen
Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim
Malaysia telah menghadiri seminar tersebut. Tajuk-tajuk yang dipilih di
seminar ini adalah mengambil kira perkembangan-perkembangan dalam
negara semasa dan juga percambahan minda bersama YDH Ketua Polis Negara
dan YBhg. Panglima Angkatan Tentera.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM

Pembukaan seminar oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Antara delegasi Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang menghadiri seminar

Sidang Akhbar...

YDH Ketua Polis Negara juga bersama-sama menghadiri seminar

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan juga moderator

YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Panglima Angkatan Tentera.

Sesi Bergambar di hadapan Royal Ballroom Palace of Golden Horses.