Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Bukit Aman - 6 Julai 2009. Seramai 55 orang pegawai peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 29/2009 dan staf Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Aman hari ini pada jam 2.30 petang.
Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah diketuai oleh Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng dan disambut oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC I Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) serta Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman.
Ucapan aluan telah dimulakan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani dan taklimat telah disampaikan oleh YDH SAC II Mohd Sharizan bin Che Mat Din.

Ketibaan peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman

Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng beramah mesra bersama YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC I Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng menandatangani Buku Pelawat

Taklimat di adakan di Auditorium Bukit Aman

Sebahagian daripada Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) mendengar taklimat yang disampaikan