Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAPOL KUALA LUMPUR, 24 Februari 2011 - Bermula hari ini PULAPOL Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan bagi Ketua-ketua Jabatan Pengurusan PDRM seluruh Malaysia di mana satu mesyuarat telah diadakan sel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-ketua-ketua-jabatan-pengurusan-polis-diraja-malaysia-bil-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:18 MYT
PULAPOL KUALA LUMPUR, 24 Februari 2011

Bermula hari ini PULAPOL Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan bagi Ketua-ketua Jabatan Pengurusan PDRM seluruh Malaysia di mana satu mesyuarat telah diadakan selama 2 hari sehingga esok.

Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia Bil. 1/2011 telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Robiah bt Abd Ghani pada pagi tadi dengan menyaksikan kehadiran seramai lebih kurang 50 Pegawai Kanan termasuk YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan)

Turut hadir, semua Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua Pentadbiran Jabatan PDRM, Ajutan Briged, Ajutan Maktab PDRM dan Ajutan Pusat Latihan Polis.

Antara taklimat-taklimat yang disampaikan semasa mesyuarat kali ini ialah berkaitan isu-isu perjawatan, isu berkaitan perkhidmatan, bayaran insentif Tugas Am (BITA) dan penyiasat, pelaksanaan dan perancangan HRMIS, cabaran dan halatuju BAKA PDRM, strategi Pusat Media PDRM, prosedur menangani kes kehilangan orang dan juga sesi dialog.

Pada keesokannya pula, bertempat di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur diadakan Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Ketua Jabatan Pengurusan.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
dari kiri....YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani Pengarah Pengurusan PDRM dan YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM..

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
Antara yang hadir di Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Bil 1/2011

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
Semua yang hadir memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat sedang berjalan..

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
Taklimat daripada YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)..

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bil 1 2011
Sesi bergambar di hadapan Pejabat Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUPAN MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN PENGURUSAN PDRM

Wartawan    : L/Kpl Baharin bin Mohamed
Jurufoto      : Konst Raymond bin Martin
Penyunting  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM