Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Semoga bangunan surau yang tersergam indah, yang bakal dibina ini akan menjadi mercu tanda penyatuan ummah dikalangan penduduk-penduduk Aman Perdana ini'...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-doa-selamat-pembinaan-surau-baitul-rahman-aman-perdana
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT
Klang - 26 Februari 2011

"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari)

Pagi yang mulia ini, bersamaan 23 Rabiul Awal 1432 Hijrah, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah hadir di Majlis Doa Selamat sempena pembinaan baru Surau Baitul Rahman, Aman Perdana, Meru, Klang.

YDH Ketua Polis Negara amat gembira apabila menerima permohonan yang dikemukakan  oleh Jawatankuasa Surau Baitul Rahman untuk menukar ganti tanah rizab Polis iaitu tapak bangunan Pondok Polis di Lot 57434 dengan tanah rizab surau yang lebih kecil daripada keluasan tapak ini, iaitu seluas 0.42 ekar.

Kelulusan ini bagi membolehkan penduduk-penduduk beragama Islam di Taman Aman Perdana mendirikan sebuah bangunan surau yang lebih selesa dan indah berbanding dengan hanya sebuah rumah sewa yang digunakan sebagai surau sementara selama ini.

"Semoga bangunan surau yang tersergam indah, yang bakal dibina ini akan menjadi mercu tanda penyatuan ummah dikalangan penduduk-penduduk Aman Perdana ini".

"Imarahkan surau ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat", ucap YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara juga berharap masyarakat setempat di Aman Perdana atau Daerah Klang dan Negeri Selangor khususnya, akan terus berganding bahu dengan pasukan Polis agar perlakuan jenayah, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan semua bentuk perilaku yang menyalahi undang-undang dapat dikekang, dibendung dan ditegah dari awal.

"Taman Aman Perdana ini akan diberi liputan kepolisan melalui perkhidmatan kereta peronda dan juga patrol bermotosikal oleh anggota-anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan Balai Polis Setia Alam", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Turut hadir di majlis tersebut adalah mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam), YDH Supt. Mohamad Shukor bin Sulong, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Y.Bhg. Tuan Haji Muhamad Bazil bin Badrul Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Surau Baitul Rahman serta Pegawai-pegawai Masjid As-Syarif dan penduduk setempat.

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Dari kanan....Y.Bhg Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Ucapan Pengerusi Surau Baitul Rahman

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Antara jemaah surau dan penduduk setempat yang hadir

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Ketua Polis Daerah Klang Utara bersama jemaah Surau Baitul Rahman

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman PerdanaSimbolik upacara perasmian...

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Cenderahati kepada YDH Ketua Polis Selangor

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Jamuan ringan bersama qariah muslim Aman Perdana

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Surau Baitul Rahman

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Sidang Media...

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan qariah muslim Aman Perdana

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Beramah mesra juga sebelum meninggalkan majlis

Majlis Doa Selamat Pembinaan Surau Baitul Rahman Aman Perdana
Lakaran Surau Baitul Rahman yang bakal dibina


Wartawan   : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto      : D6 IPD Klang Utara
Penyunting  : F29 Siti Fatimah bt. Abd Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM