Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengkalan Chepa, 20 Feb 2011. - Empat daripada enam blok kuartes Pasukan Gerakan AM (PGA), Batalion 8 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam menye..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-mangsa-kebakaran-kuarters-pga-pengkalan-chepa-terima-sumbangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:44 MYT

Pengkalan Chepa, Kelantan - 20 Feb 2011. 

Empat daripada enam blok kuartes Pasukan Gerakan AM (PGA), Batalion 8 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 16 keluarga tinggal sehelai pinggang.

Sehubungan itu, YDH Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara serta rombongan dari Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah melawat mangsa-mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM 5,000 kepada setiap keluarga. Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa yang terbabit.

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH SAC Mazlan Bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Di dalam lawatan itu juga, YDH Timbalan Ketua Polis Negara berkata, PDRM akan menyumbangkan segala jenis bantuan keperluan dan bagi anak-anak mangsa kebakaran tersebut yang masih bersekolah, bantuan pakaian dan peralatan sekolah akan disalurkan dalam tempoh terdekat supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat insiden tersebut.

Untuk sementara waktu, semua mangsa ditempatkan di kuarters PGA yang baru disiapkan tetapi belum dirasmikan lagi yang terletak di dalam kawasan yang sama.

Pada akhir lawatan tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan turut hadir Majlis Tahlil, Bacaan Surah Yassin Dan Doa Selamat yang diadakan selepas solat Mahgrib.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
YDH Timbalan Ketua Polis Negara melawat tempat kejadian sambil diberi penerangan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Supt. Rosslan Radzi.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Hangus...

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Keadaan bangunan selepas hangus dijilat api.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Sebuah kenderaan milik sebuah keluarga turut musnah.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA turut meninjau kawasan tersebut.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Gotong-royong menyediakan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Sugul....sebahagian mangsa yang hadir dalam perjumpaan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
YDH Timbalan Ketua Polis Negara hadir dalam Majlis Tahlil dan Doa Selamat.

Mangsa Mangsa Kebakaran Kuarters Pga Pengkalan Chepa Terima Sumbangan
Antara yang hadir Majlis Tahlil dan Doa Selamat...


Gambar     : Sumber dari IPK Kelantan
Suntingan : Unit Laman Web PDRM
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM