Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Menteri Dalam Negeri Turun Padang Ke Pusat Media Pdrm

Published: 10 Jun 2014 5.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dato' Seri Hishammuddin berjumpa mata ke mata dan hati ke hati dengan Pegawai-pegawai Kanan Polis yang bertugas dan membantu Pusat Media PDRM beroperasi. Melalui diskusi yang dibuat, YB Dato' Seri men..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/menteri-dalam-negeri-turun-padang-ke-pusat-media-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:56 MYT

Bukit Aman, 5 Oktober, 2010 - Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri turun padang ke Pusat Media Polis Diraja Malaysia bagi berdiskusi ke arah memantapkan peranan dan fungsi Pusat Media PDRM.

Dato' Seri Hishammuddin berjumpa mata ke mata dan hati ke hati dengan Pegawai-pegawai Kanan Polis yang bertugas dan membantu Pusat Media PDRM beroperasi. Melalui diskusi yang dibuat, YB Dato' Seri menegaskan pendiriannya untuk meletakkan pegawai yang terbaik dan tepat mengikut jawatan. PDRM perlu mendapatkan pegawai terbaik yang mampu meningkatkan fungsi Pusat Media dan Kementerian Dalam Negeri akan memberi sokongan penuh kepada Polis Diraja Malaysia.

Satu taklimat mengenai Pusat Media PDRM telah disampaikan oleh Penguasa Perhubungan Awam, Superintendan Rasdi bin Ramli kepada YB Dato' Seri dan pegawai-pegawai KDN. Taklimat yang menerangkan strategi dan panel-panel yang diwujudkan oleh PDRM bagi menyedia maklumat, menjawab dan menangani isu-isu telah mendapat reaksi positif daripada YB Dato' Seri.

YB Dato' Seri turut menekankan peranan Pusat Media PDRM sebagai saluran maklumat utama dari setiap peringkat dan memastikan maklumat yang diperoleh disalurkan kepada pihak media adalah terkini dan tepat. Kementerian juga menawarkan kerjasama dan bantuan kepada PDRM bagi memantapkan lagi fungsi dan peranan Pusat Media PDRM.

Lawatan kali kedua ke Pusat Media PDRM oleh YB Dato' Seri ini dilihat sebagai satu tindakan proaktif dan signifikan yang menentukan kejayaan dan imej PDRM melalui pendekatan media. Keprihatinan dan kesungguhan YB Dato' Seri terserlah melalui nasihat, pandangan serta perkongsian idea-idea yang bernas dalam merealisasikan Pusat Media PDRM sebagai pusat rujukan utama terbaik.

Menteri Dalam Negeri Turun Padang Ke Pusat Media Pdrm
Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bukit Aman di Pusat Media PDRM pada 5 Oktober 2010

Menteri Dalam Negeri Turun Padang Ke Pusat Media Pdrm
YB Dato' Seri Hishammuddin berjumpa mata ke mata dan hati ke hati dengan Pegawai-pegawai Kanan Polis yang bertugas dan membantu Pusat Media PDRM beroperasi.

Menteri Dalam Negeri Turun Padang Ke Pusat Media Pdrm
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara juga turut hadir

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM