Artikel
Majlis Perasmian Kursus Pementoran Polis Wanita Pdrm 2010
Melalui program pementoran ini, output yang dikeluarkan memiliki kelebihan persaingan yang mantap dan menggalakkan amalan pembelajaran berterusan di samping me...
Kuala Lumpur - 5 Oktober 2010. Majlis Perasmian Kursus Pementoran Polis
Wanita PDRM 2010 telah disempurnakan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur Internasional Hotel,
pada 8.30 pagi ini.
Hadir semasa majlis perasmian tersebut ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media serta para peserta kursus.
Kursus Pementoran Polis Wanita PDRM 2010 yang julung kali diadakan ini berlangsung selama tiga hari, bermula sejak 4 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 6 Oktober 2010 nanti. Kursus ini direalisasikan dengan mendapat sumbangan khas daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Polis Wanita adalah aset penting kepada pasukan dan peranan polis wanita tetap relevan dan amat diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia walaupun hanya merupakan 10.8% (11,478 orang) daripada jumlah pegawai polis seramai 106,530 orang.
Program Pementoran Polis Wanita PDRM 2010 merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan) selari dengan Arahan Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 18 tahun 2005, iaitu panduan aplikasi psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Seiring dengan program pementoran ini dilaksanakan, antara objektif-objektif kursus ini adalah :-
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai perlaksanaan Program Pementoran Polis Wanita dalam PDRM
2. meningkatkan integriti dan akauntabiliti diri polis wanita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
cemerlang
3. Meningkatkan kompetensi Pegawai Polis Wanita selaras dengan kehendak pasukan
Program Pementoran Polis Wanita PDRM ini juga adalah bagi memupuk sikap yang positif, minda yang kreatif, membantu dan memberi tunjuk ajar khususnya kepada pegawai-pegawai yang baru dilantik supaya serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru didalam pasukan. Program ini juga menjadi satu wadah proses pembangunan diri polis wanita dan seterusnya organisasi PDRM serta dapat mengintegrasikan antara keperluan dan objektif utama PDRM, khasnya polis wanita.
"Manfaatkanlah kursus dipertemuan kita selama tiga hari ini yang merupakan platform yang paling sesuai bagi kita yang datang daripada semua jabatan dan kontinjen untuk duduk bersama-sama dan bertukar-tukar pandangan serta idea untuk menjadikan Polis wanita golongan yang berwibawa dan berdedikasi", ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani.
"Melalui program pementoran ini, output yang dikeluarkan memiliki kelebihan persaingan yang mantap dan menggalakkan amalan pembelajaran berterusan di samping mengurus modal insan secara efektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan elemen psikologi dan kemanusiaan", antara ucapan perasmian oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
"Saya berharap seluruh Polis Wanita memberi keutamaan kepada strategi 4P untuk meletakkan PDRM setaraf dengan agensi penguatkuasaan undang-undang samada di dalam negeri atau pun di peringkat antarabangsa", kata beliau lagi.
"Saya juga berharap kursus pementoran ini akan dapat mencapai objektif dalam membentuk Polis Wanita yang progresif, dinamik dan responsif bagi menggerakkan sisitem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan masyarakat di samping memperkukuhkan semangat setia kawan dan kerjasama padu di kalangan Polis Wanita melalui perkongsian pengalaman, pendapat dan pengetahuan", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

dari kiri... YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang di Majlis Perasmian Kursus Pementoran Polis Wanita PDRM 2010

Antara YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita PDRM

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa ucapan perasmian Kursus Pementoran Polis Wanita PDRM 2010 di Kuala Lumpur Internasional Hotel, Kuala Lumpur.