Menteri Dalam Negeri Turun Padang Ke Pusat Media Pdrm
Bukit
Aman, 5 Oktober, 2010 - Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun
Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai Kementerian Dalam
Negeri turun padang ke Pusat Media Polis Diraja Malaysia bagi berdiskusi
ke arah memantapkan peranan dan fungsi Pusat Media PDRM.
Dato'
Seri Hishammuddin berjumpa mata ke mata dan hati ke hati dengan
Pegawai-pegawai Kanan Polis yang bertugas dan membantu Pusat Media PDRM
beroperasi. Melalui diskusi yang dibuat, YB Dato' Seri menegaskan
pendiriannya untuk meletakkan pegawai yang terbaik dan tepat mengikut
jawatan. PDRM perlu mendapatkan pegawai terbaik yang mampu meningkatkan
fungsi Pusat Media dan Kementerian Dalam Negeri akan memberi sokongan
penuh kepada Polis Diraja Malaysia.
Satu
taklimat mengenai Pusat Media PDRM telah disampaikan oleh Penguasa
Perhubungan Awam, Superintendan Rasdi bin Ramli kepada YB Dato' Seri dan
pegawai-pegawai KDN. Taklimat yang menerangkan strategi dan panel-panel
yang diwujudkan oleh PDRM bagi menyedia maklumat, menjawab dan
menangani isu-isu telah mendapat reaksi positif daripada YB Dato' Seri.
YB
Dato' Seri turut menekankan peranan Pusat Media PDRM sebagai saluran
maklumat utama dari setiap peringkat dan memastikan maklumat yang
diperoleh disalurkan kepada pihak media adalah terkini dan tepat.
Kementerian juga menawarkan kerjasama dan bantuan kepada PDRM bagi
memantapkan lagi fungsi dan peranan Pusat Media PDRM.
Lawatan
kali kedua ke Pusat Media PDRM oleh YB Dato' Seri ini dilihat sebagai
satu tindakan proaktif dan signifikan yang menentukan kejayaan dan imej
PDRM melalui pendekatan media. Keprihatinan dan kesungguhan YB Dato'
Seri terserlah melalui nasihat, pandangan serta perkongsian idea-idea
yang bernas dalam merealisasikan Pusat Media PDRM sebagai pusat rujukan
utama terbaik.

Yang
Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
bersama pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan
Lawatan Kerja ke Bukit Aman di Pusat Media PDRM pada 5 Oktober 2010

YB
Dato' Seri Hishammuddin berjumpa mata ke mata dan hati ke hati dengan
Pegawai-pegawai Kanan Polis yang bertugas dan membantu Pusat Media PDRM
beroperasi.

YDH
IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG
Datuk Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara juga turut hadir