Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Patik sekalian juga menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keluhuran budi pekerti DYMM Tuanku yang sangat tinggi dan begitu dermawan dengan menanggung keseluruhan kos bagi mengadakan majlis berbuka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/menjunjung-kasih-kepada-dymm-tuanku-raja-nazrin-shah-daripada-kami-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:29 MYT
Kuala Lumpur , 17 Ogos - Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah kerana sudi berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga PDRM di Pulapol Kuala Lumpur pada hari ini.

"Patik sekalian juga menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keluhuran budi pekerti DYMM Tuanku yang sangat tinggi dan begitu dermawan dengan menanggung keseluruhan kos bagi mengadakan majlis berbuka puasa pada petang ini," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan aluannya pada majlis yang diadakan di Dataran Kawad Pulapol Kuala Lumpur hari ini.

DYMM Tuanku Raja Dr. Nazrin turut berkenan menunaikan solat Berjemaah Maghrib dan Terawih di Masjid Pulapol diselangi dengan santapan moreh bersama tetamu-tetamu jemputan dan warga Pulapol Kuala Lumpur.

Di akhir majlis, DYMM Tuanku Raja Dr. Nazrin sekali lagi sudi mencemar duli menyempurnakan upacara menandatangani buku pelawat dan seterusnya menyaksikan keberangkatan pulang baginda.

Majlis berbuka pada hari ini diserikan dengan kehadiran Mantan-mantan Ketua Polis Negara, Y.A.Bhg Tun Mohamed Hanif bin Omar, Y.Bhg Tan Sri Mohd Bakri bin Omar dan Y.Bhg Tan Sri Norian Mai.

Turut hadir, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.A.Bhg Jeneral (B) Tan Sri Dato' Seri Mohd Azumi bin Mohamad, Mantan Panglima Tentera Darat, Pengarah-pengarah PDRM, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pulapol Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan khas.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum berbuka puasa.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Sembah Ucapan Aluan...YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Warga-warga PDRM yang turut serta menyerikan majlis pada hari ini.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
DYMM Tuanku solat berjemaah bersama Pucuk-pucuk pimpinan PDRM.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Keberangkatan pulang DYMM Tuanku.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Upacara menandatangani buku pelawat oleh DYMM Tuanku.

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm

Menjunjung Kasih Kepada Dymm Tuanku Raja Nazrin Shah Daripada Kami Warga Pdrm
Sesi bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku.

Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM