Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkrompromi dalam membuat penilaian keselamatan kawasan kediaman mereka terutamanya menjelang musim perayaan. Mereka perlu memaklumkan kepada balai polis yang ber..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-tinggalkan-kediaman-menjelang-lebaran-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT

Bandar Sunway , 19 Ogos 2011

Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkrompromi dalam membuat penilaian keselamatan kawasan kediaman mereka terutamanya menjelang musim perayaan.

Mereka perlu maklumkan kepada Balai Polis yang berhampiran dengan mengisi borang lawatan polis untuk memudahkan anggota polis membuat rondaan dan memberi lebih perhatian di kawasan tersebut.

"Borang-borang maklumat balik kampung ini boleh diperolehi di laman web rasmi PDRM iaitu www.rmp.gov.my dan terdapat banyak tips keselamatan rumah kediaman dalam laman web tersebut, juga di laman sosial facebook PDRM. Ikutilah tips ini sebagai panduan tuan-tuan dan puan-puan," ujar YDH DIG Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Program Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Anjuran MCPF Selangor di Main Concourse, Sunway Pyramid, hari ini.

Borang Maklumat Balik Kampung boleh didapati di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. Borang yang telah diisi lengkap harus dihantar ke terus ke Balai Polis berdekatan. Sasaran PDRM dan Kerajaan, umumnya adalah untuk mengurangkan indeks jenayah sebanayak 5%, penetapan sasaran  National Keys Performance Indicators  (NKPI) bagi tahun 2011. Sokongan dan kerjasama adalah penting bagi menyokong usaha perlaksanaan yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Malaysia (MCPF) dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri (MCPF) Selangor ini.  

"Saya amat menyokong usaha Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Selangor dalam penganjuran program Balik Kampung Rumah Selamat Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dan berharap melalui program seumpama ini, akan menimbulkan tahap kesedaran, kesediaan dan penerimaan orang ramai bahawa mencegah jenayah adalah merupakan tanggungjawab bersama," tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara lagi.

Dalam pada itu, YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut menekankan agar kekuatan institusi keluarga, semangat kejiranan yang prihatin di antara satu dengan yang lain, dan kesuburan silaturahim antara ahli masyarakat perlu ada. Ini turut menjadi faktor yang boleh mencegah berlakunya kejadian jenayah menjelang musim perayaan nanti.

Turut hadir hari ini, Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Selangor, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi I Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Y.Bhg Tan Sri Ramon Navaratnam, Penasihat Korporat Kumpulan Sunway, Y. Bhg Dato' Asmawi bin Kasbi, YDP MPSJ, YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor dan timbalannya YDH SAC Dato' A Thaiveegan A/L Arumugam, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Rakan Media dan penduduk setempat.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di hadapan pintu masuk Sunway Pyramid

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara diiringi oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, Pengerusi MCPF Selangor & Pengerusi Kumpulan Sunway.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Ketibaan YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Ucapan aluan dari YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, Pengerusi MCPF Selangor & Pengerusi Kumpulan Sunway.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Ucapan dari YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Antara YDH Ketua-Ketua Polis Daerah yang hadir

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Antara tetamu kehormat yang turut hadir.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Penyampaian cek replika... Sumbangan daripada Kumpulan Sunway untuk "The Distress SMS" oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Penyampaian cenderahati kenangan

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Persembahan kebudayaan kepada tetamu yang hadir

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Penyerahan borang maklumat balik kampung kepada Ketua-Ketua Polis Daerah sekitar Selangor yang di sempurnakan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar. 

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut beramah mesra dan memberikan beg goddies kepada pengujung di Sunway Pyramid

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
YDH Ketua Polis Selangor memberikan beg goddies

Waspada Tinggalkan Kediaman Menjelang Lebaran Pdrm
Sidang media.

Wartawan dan Jurufoto: L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM