Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya serta seluruh warga PDRM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas kesudian untuk melapangkan masa be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penghargaan-dan-ramah-mesra-bersama-yab-timbalan-perdana-menteri-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:33 MYT

Kuala Lumpur - 18 Ogos 2011

"Saya serta seluruh warga PDRM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas kesudian untuk melapangkan masa bersama-sama petugas-petugas NKRA PDRM dan OPS BERSIH 2.0 pada hari ini", antara ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara di Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur, pagi ini.

Turut hadir majlis pada pagi ini adalah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara mewakili YDH Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH Ketua-Ketua Polis Kontinjen, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, YDH Komander-Komander Briged, YDH Ketua-Ketua Jabatan, YDH Ketua-Ketua Polis Daerah, YDH Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Y.Bhg Pegawai-Pegawai Kementerian Dalam Negeri dan wakil-wakil Media.

Di dalam menekankan persekitaran yang selesa dan selamat di Malaysia, PDRM dan Kerajaan umumnya konsisten dalam menggubal dasar dan strategi keselamatan yang berkaitan bagi melaksanakan pendekatan-pendekatan menangani pelbagai bentuk rupa ancaman dan jenayah. Sehingga kini, melalui usaha NKRA, kadar indeks jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 15 peratus manakala kadar jenayah jalanan pula berkurangan sebanyak 35 peratus dalam tahun 2010.

Bulan Januari hingga Jun tahun 2011, kadar indeks jenayah di Malaysia telah didapati terus menurun 10 peratus, manakala kadar jenayah jalanan menurun 41.6 peratus. Kadar penurunan yang dicatatkan buat julung kalinya telah meletakkan negara Malaysia dipilih sebagai Negara teraman di Asia Tenggara dan yang ke-4 teraman di Asia Pasifik seperti yang dikeluarkan oleh Indeks Keselamatan Global, berpangkalan di Sydney, Australia.

"Saya berharap anggota-anggota PDRM kita, terus bergiat melengkapkan diri dengan menimba ilmu sedalamnya sebagai penjaga keselamatan negara malah turut berperanan sebagai role-model  kepada rakyat. Kepada semua anggota dan warga PDRM, Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas pengorbanan dan dedikasi menjaga keselamatan rakyat, dan hak-hak rakyat negara ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga berjaya di dalam tugasan dan sentiasa dilindungi dan diberkati yang Maha Esa", YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengakhiri ucapan pagi ini.

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ketibaan YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyambut ketibaan YB Menteri Dalam Negeri

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YB Menteri Dalam Negeri membalas Hormat Menteri kepada Kawalan Kehormatan

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Beramah mesra dengan Pegawai Kanan Polis

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia membalas Hormat Menteri daripada Kawalan Kehormatan

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pemeriksaan baris diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris

Demonstrasi Prosedur Melindungi VIP Oleh Unit Tindak Khas
Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Beredar ke Dewan Sultan Ahmad Shah

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia menandatangani Buku Pelawat

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ucapan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ucapan daripada YAB Tan Sri Dato' Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan NKRA
Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

YDH DCP Dato' Mohamad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang

Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan Bagi OPS Bersih
Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH DCP Dato' Haji Zamri bin Yahya, mewakili Pengarah Cawangan Khas

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) mewakili Pengarah Pengurusan

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YDH SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, SAC Litupan Rangkaian Anasir Migran mewakili Pengarah Pasukan Petugas Khas

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Bergambar kenangan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ruangan Pameran Di Lobi Maktab PDRM Cheras
Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Penghargaan Dan Ramah Mesra Bersama Yab Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Sidang Media

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo, L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan dan Konstabel Santher Kumar a/l Sehgar

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM