Mencemar Duli Malam Santapan Diraja Sempena Peringatan Hari Polis Ke 205
Kuala Lumpur - 27 Mac 2012
"Patik
serta pacal warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak
sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di
atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, mencemar duli berangkat
ke majlis 'Malam Mes', bersempena dengan sambutan 205 tahun penubuhan
pasukan polis," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara di Majlis santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-205, tahun 2012
menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al
Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Hajah Haminah di Palace of the Golden Horses, Mines
Kuala Lumpur, hari ini.
"Sesungguhnya,
keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, membawa erti yang amat
besar kepada seluruh warga PDRM. Ini jelas bahawa Seri Paduka Baginda
Tuanku berdua, adalah raja berjiwa rakyat, yang amat prihatin dan begitu
mengambil berat terhadap seluruh rakyat jelata, khususnya keapda patik
sekalian warga PDRM," tambah YDH Ketua Polis Negara.
"Tradisi
Malam Mess seperti ini adalah satu contoh aspek kehidupan pegawai polis
dalam menerapkan tahap disiplin yang tinggi, dan amalan 'toast' merupakan
simbolik kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Selain daripada
majlis rasmi ini, mess juga dikaitkan dengan kegiatan santai dan sosial
pegawai-pegawai kanan polis. Saya telah mengarahkan supaya budaya 'happy-hour' disuburkan
semual di mess-mess polis seluruh negara. Tujuannya adalah untuk
mengakrabkan pegawai lama dan baru dalam sesi sosial tanpa mengira
batasan pangkat, umur dan cawangan bekerja. Secara langsung
pegawai-pegawai kanan mampu meningkatkan kecekapan mereka melalui
pertukaran pendapat sesama mereka dalam semua hal kepolisan", YDH Ketua
Polis Negara mengakhiri ucapan.
Turut
hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku
Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Y.Bhg Tun Mohammed Hanif bin
Omar, Bekas Ketua Polis Negara bersama isteri, Y.Bhg Puan Hamidah binti
Abdulah Hamid, Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan Ketua Setiausaha
Negara bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Dato' Wan Noorlina binti Wan
Hussin, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima
Angkatan Tentera bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom
binti Wan Awang, Y.Bhg Tan Sri Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji
Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Datin Wira
Rahimi binti Yeop, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam
Negeri bersama isteri, Y.Bhg Datin Dr. Lee Sieng Shuen, YB Tan Sri
Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH DIG
Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama
isteri, Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, YDH CP Dato' Wira Salleh
bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam bersama isteri, Y.Bhg Datin Wira Puziah bt. Bahari,
Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA dan dif-dif hadirin.
Sekitar ketibaan VVIP




























Bergambar Kenangan..


YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengiringi
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan
Badlishah

Hadirin
memberi tanda hormat keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke meja utama Dewan Santapan

Persembahan tarian..

Acara memotong kek Peringatan Hari Polis Ke-205


Persembahan Cenderamata oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong







Antara yang hadir..

Persembahan Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
L/Kpl Edwind Indo
L/Kpl Fansus bin Jangor