Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Setelah 3 hari berlangsungnya Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Tahun 2012, pada pagi ini bertempat di Kuala Lumpur I..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik-peringkat-jabatan-kdn-ka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:52 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mac 2012 - Setelah 3 hari berlangsungnya Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Tahun 2012, pada pagi ini bertempat di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur, Kumpulan 'G7' dinobatkan sebagai juara dan Kumpulan 'Target' naib juara.
 
'G7' dari dari Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan, Negeri Sembilan menjuarai keseluruhan dengan mengetengahkan projek bertajuk Vest Yang Berat Yang Tidak Efisyen dan Kumpulan 'Target' dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak pula naib juara dengan tajuk projek, Sistem Lampu Isyarat Tembok Pistol Sedia Ada Tidak Efisyen.
 
Juara berjaya membawa pulang piala, sijil penyertaan, wang kemenangan RM1,000.00 dan sementera Naib Juara membawa pulang sijil penyertaan serta wang RM700.00.
 
Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Tahun 2012. Pertandingan ini memberi fokus kepada beberapa isu yang berkaitan dengan penugasan dan tanggungjawab hakiki serta kelemahan yang ada untuk diperbaiki dan boleh diimplementasikan khusus kepada PDRM kelak. Diantara pendedahan yang difokuskan adalah terbahagi kepada dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.
 
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih 3 kumpulan yang terbaik bagi mewakili Jabatan KDN/KA untuk bertanding di Peringkat PDRM yang dijangka akan diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2012 di Kuala Terengganu. Pertandingan ini juga memberi pendedahan berkaitan penugasan serta kemahiran kepada semua pegawai dan anggota terlibat, disamping itu juga ia komited bersama-sama semasa sesi percambahan minda serta melatih peserta supaya lebih kreatif dan inovatif. 
 
Turut hadir dimajlis tersebut ialah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Mohammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), YDH Dato' Abd. Rasid bin Haron, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA Pasukan Gerakan Khas dan  Komander 69 Komando, Y.Bhg Tuan Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan MAMPU, Y.Bhg Tuan Mohd. Tamrin  bin Che Yusof, Kementerian Belia dan Sukan, Dato'-Dato' Komander, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta anggota-anggota PDRM.
 
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Y.Bhg Tuan Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan MAMPU ketika memberi ucapan dan memberi nasihat kepada peserta yang mengambil bahagian...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA ketika memberi ucapan dan merasmikan penutupan majlis...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Antara barisan kehormat...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Persembahan daripada juara KIK peringkat KDN/KA, Kumpulan G7 Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Antara barisan kehormat...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Juara tempat ke-3 Kumpulan Cili Api - Cawangan Trafik Bukit Aman...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Juara tempat ke-2 Kumpulan Target - Briged Utara PGA...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Juara tempat pertama (Johan) Kumpulan G7 - Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Tuan Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan MAMPU... 

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Tuan Mohd. Tamrin bin Che Yusof, Kementerian Belia dan Sukan...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA meluangkan masa melihat hasil kerja Kumpulan G7, Unit 7 Pasukan Simpanan Perseketuan...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Antara mereka yang turut hadir...

Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Jabatan Kdn Ka
Bergambar kenangan...



Wartawan: Kpl Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurugambar: Kpl Lokmanul Hakim bin S.Nor / L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM