Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lagi cubaan menyeludup dadah ke negara dipatahkan oleh PDRM dalam masa 2 minggu sehingga tertumpasnya 6 sindiket pengedaran dadah membabitkan tangkapan seramai 11 orang ahli sindiket dengan jumlah ram..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-6-sindiket-dadah-dalam-2-minggu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:51 MYT

Bukit Aman, 29 Mac - "Lagi cubaan menyeludup dadah ke negara dipatahkan oleh PDRM dalam masa 2 minggu sehingga tertumpasnya 6 sindiket pengedaran dadah membabitkan tangkapan seramai 11 orang ahli sindiket dengan jumlah rampasan dadah syabu seberat 51.2 Kg dan Pil Ecstasy sebanyak 7,728 biji," ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Bukit Aman, pada hari ini. 

Hasil rampasan dadah juga menyaksikan penggunaan modus operandi yang baru melibatkan penggunaan komponen-komponen kenderaan untuk mengelakkan dadah yang yang disorokkan dapat dikesan oleh pihak berkuasa. 

Tangkapan ke atas ahli-ahli sindiket juga kebanyakannya dari Afrika dan selain daripada kaedah menyembunyikan dadah dalam komponen-komponen kenderaan, mereka juga bertindak nekad menelan bungkusan-bungkusan dadah ini dan menyorokkannya dalam bagasi yang diubahsuai sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Kejayaan ini juga termasuk tangkapan terhadap 2 lelaki cina bersama hasil rampasan dadah syabu dengan anggaran berat 7.52 Kg dan 1.67 Kg (7,728 biji) pil Ecstacy di hadapan sebuah apartment di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Kesemua mereka yang telah ditahan untuk siasatan di bawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan. 

Kejayaan ini adalah ekoran daripada maklumat orang ramai termasuk kerjasama yang erat dengan lain-lain badan penguatkuasaan khususnya yang beroperasi di pintu masuk negara.

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
Hasil rampasan dadah dan komponen kenderaan dan bagasi yang digunakan untuk menyembunyikan dadah..

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Bukit Aman, pada hari ini.

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
YDH Pengarah JSJN menunjukkan komponen kenderaan yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
YDH Pengarah JSJN menunjukkan komponen kenderaan yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

Polis Tumpas 6 Sindiket Dadah Dalam 2 Minggu
YDH Pengarah JSJN menunjukkan dadah-dadah yang dirampas.. 

Antara wakil-wakil media yang hadir...

Wartawan & Jurufoto:    L/Kpl Irfan bin Bujang
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM