Oleh : Konst Iqtar bin Azmi
Shah
Alam, 25 Januari 2013 - Hari ini buat julung-julung kalinya Kompleks
Kumpulan Media Karangkraft menerima lawatan Polis Wanita daripada
Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita Jabatan Pengurusan,
Bukit Aman.
Program lawatan yang diketuai oleh ACP Fatimah binti
Abd.Hamid, Pen. Pengarah Pengurusan (HEA) ini dilihat sebagai salah satu
langkah positif yang diambil PDRM untuk merapatkan lagi hubungan dua
hala PDRM dan Media. Kumpulan Polis Wanita.
Semasa lawatan,
selain daripada berpeluang melawat ke setiap bahagian kompleks untuk
melihat sendiri proses penerbitan majalah dan media cetak secara
langsung, mereka juga berpeluang berinteraksi dan berdialog dengan para
editor serta kakitangan Media Karangkraf untuk mendengar sendiri
permasalahan serta cabaran yang dilalui oleh pihak media cetak dalam
penyediaan sesebuah akhbar dan majalah.
Turut bersama di dalam
program tersebut ialah Dato' Husamuddin Yaacob, Pengarah Urusan/CEO
KUMP.Media Karangkraft, Encik Hashim Anang,Pengurus (Tugas-tugas Khas)
Kump.Media Karangkraft dan pegawai-pegawai kanan PDRM.
PDRM
mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh
pihak Karangkraf dalam menjayakan program ini dan diharapkan kerjasama
ini akan terus berkekalan.

Pendaftaran

Sepanjang program berlangsung

Penerangan daripada salah seorang wartawan Karangkraft

Dato' Husamuddin Yaacob, Pengarah Urusan/CEO KUMP.Media Karangkraft menyampaikan ucapan

Peserta program teruja melihat proses pengubahsuaian sesuatu gambar

Sepanjang program berlangsung

Ucapan dan Penerangan daripada Encik Hashim Anang, Pengurus (Tugas-tugas Khas) Kump. Media Karangkraft

Wakil Sinar Harian memberi penerangan berkenaan proses penerbitan akhbar


Bergambar kenangan
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Media Dan Polis Wanita
Semasa lawatan, selain daripada berpeluang melawat ke setiap bahagian kompleks untuk melihat sendiri proses penerbitan majalah dan media cetak secara langsung, mereka juga berpeluang berinteraksi dan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/media-dan-polis-wanita
Scan to view the latest live version.