Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program ‘turun padang’ oleh YB Menteri Dalam Negeri ini juga membolehkan beliau melihat sendiri kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-yb-menteri-dalam-negeri-bersama-unit-rondaan-bermotosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:19 MYT

Program YB Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

AMPANG – 20 Januari 2013. Program hari ini merupakan tindakan susulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pelaksanaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan oleh YB Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 2012 lalu di Padang Awam BK 5, Bandar Kinrara, Puchong.

Melalui program ini, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Balai Pandan Indah, Inspektor Ahmad Nazri bin Mohd Adnan, mengenai pelaksanaan dan gerak kerja URB yang merupakan inisiatif terbaru PDRM dalam fasa kedua pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mengurangkan Jenayah yang memberi tumpuan kepada usaha mencegah jenayah di kawasan perumahan, perniagaan, taman rekreasi, perindustrian dan sekolah.

Program ‘turun padang’ oleh YB Menteri Dalam Negeri ini juga membolehkan beliau melihat sendiri kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan agar program ini memberi impak positif dari semasa ke semasa dalam usaha memerangi perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan masyarakat yang mahukan Negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.

YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein juga turut membuat rondaan bersama URB di Pasar Pagi Taman Muda dan mengadakan lawatan ke Ops Payung di situ dan seterusnya membuat rondaan bersama URB di kawasan perumahan Taman Muda dan Taman Seraya.

Turut hadir di program tersebut ialah Y.Bhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KDN, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah, YDH DCP Dato' Rusli bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Urusetia NKRA, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang, Pegawai-Pegawai KDN dan PDRM.

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Ketibaan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Balai Polis Pandan Indah, Ampang

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri disambut oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Ketua Polis Balai Pandan Indah, Inspektor Ahmad Nazri bin Mohd Adnan melapor kepada YB Menteri Dalam Negeri sebelum sesi taklimat penugasan kepada anggota URB

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Menandatangani Buku Pelawat

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Taklimat penugasan oleh Ketua Polis Balai Pandan Indah dan kata-kata perangsang oleh YB Menteri Dalam Negeri

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
YB Menteri Dalam Negeri beramah mesra dengan anggota URB

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Rondaan bersama motosikal URB...

Program sekitar Pasar Pagi Taman Muda dan Taman Seraya

Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Program Yb Menteri Dalam Negeri Bersama Unit Rondaan Bermotosikal
Sidang Media di Taman Seraya

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM