Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Foto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Helmi bin Saadin
PETALING JAYA, 25 Januari - Petang tadi berlangsung satu Majlis Pelancaran OP Selamat II. Bersamaan tema "Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi", OP Selamat II ini masih menitik-beratkan elemen-elemen tabiat dan sikap yang melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda.
Operasi
yang akan bermula pada 3 sehingga 17 Februari ini bukan hanya
melibatkan Cawangan Trafik sahaja, tetapi juga melibatkan keseluruhan
jabatan PDRM bagi memastikan kadar kemalangan jalanraya dapat
diturunkan, kelancaran lalu-lintas dan menurunkan kadar jenayah
terutamanya pecah rumah ke tahap yang paling minimum.
Turut
membantu dan menjayakan kempen keselamatan rumah dan jalan raya ini
ialah PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan,
Suruhanjaya Pengangkutan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, MIROS,
Konsesi-Konsesi Lebuhraya, Pihak Media dan Prince Court Medical Centre.
OP
Selamat II telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid,
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam.
"Kepada yang akan menyambut perayaan di kampung, gunakanlah Borang Maklumat Balik Kampung yang
boleh didapati di Portal Laman Web Rasmi PDRM. Cetak dan lengkapkan
borang tersebut, dan serahkan kepada balai polis yang berhampiran.
Anggota polis akan membuat rondaan dan mengambil tindakan sewajarnya
untuk menentukan keselamatan rumah-rumah yang ditinggalkan sepanjang
musim perayhaan nanti", pesanan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA dalam ucapan
perasmian beliau.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada PLUS Malaysia Berhad sekali lagi memberi kerjasama menjadi
penaja utama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen keselamatan.
Bagi pihak PDRM, saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam operasi ini. Di akhir operasi nanti, PDRM dan pihak
penaja akan menyampaikan Anugerah Pemanduan Berhemah kepada pengguna
jalan raya daripada pelbagai kategori. Akhir kata, saya dan seluruh
warga PDRM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang
meraihkannya. Memandulah dengan berhemah di jalan raya", YDH Pengarah
KDN/KA mengakhiri ucapan perasmian beliau.
Hadir sama majlis
petang tadi Y.Bhg Dato' Ir. Haji Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia, Y.Bhg Dato' Noorizah binti Abd Hamid,
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Y.Bhg Datuk Kamarudin Bin Md Ali,
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Y.Bhg Dato' Teo
Chiang Kok, Pengarah 1 Utama Shopping Centre, YDH SAC Dato' Abdul Aziz
bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM,
Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Y.Bhg Ketua-Ketua dan
Wakil-Wakil Persatuan Penduduk, Y.Bhg Pegawai-Pegawai Kanan PLUS, YDH
Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Y.Bhg Agensi-Agensi Penyelamat, Y.Bhg
Dif-Dif Jemputan dan Wakil-wakil Media.

YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan menyambut ketibaan tetamu



Ketibaan YDH Timbalan Pengarah dan Pegawai-Pegawai PDRM

Ketibaan
YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam disambut oleh YDH SAC Dato' Abdul Aziz
bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

YDH Pengarah KDN/KA bersama dengan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan membantu dan menjayakan kempen keselamatan rumah dan jalan raya



Antara yang hadir

Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud

Pengacara Majlis

Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Noorizah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad

Ucapan balas oleh YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

Persembahan Tarian Singa

Gimik pelancaran

Bergambar kenangan







Flag Off petugas yang terlibat di dalam OP Selamat II


Penyampaian Cenderahati kenangan




Turut dibuka pameran dan kaunter semakan saman

Sidang media
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Kepada yang akan menyambut perayaan di kampung, gunakanlah Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di Portal Laman Web Rasmi PDRM. Cetak dan lengkapkan borang tersebut, dan serahkan kepada b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-selamat-sampai-ke-destinasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.