Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Media Dan Polis Wanita

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semasa lawatan, selain daripada berpeluang melawat ke setiap bahagian kompleks untuk melihat sendiri proses penerbitan majalah dan media cetak secara langsung, mereka juga berpeluang berinteraksi dan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/media-dan-polis-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:23 MYT

Oleh : Konst Iqtar bin Azmi

Shah Alam, 25 Januari 2013 - Hari ini buat julung-julung kalinya Kompleks Kumpulan Media Karangkraft menerima lawatan Polis Wanita daripada Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Program lawatan yang diketuai oleh ACP Fatimah binti Abd.Hamid, Pen. Pengarah Pengurusan (HEA) ini dilihat sebagai salah satu langkah positif yang diambil PDRM untuk merapatkan lagi hubungan dua hala PDRM dan Media. Kumpulan Polis Wanita.

Semasa lawatan, selain daripada berpeluang melawat ke setiap bahagian kompleks untuk melihat sendiri proses penerbitan majalah dan media cetak secara langsung, mereka juga berpeluang berinteraksi dan berdialog dengan para editor serta kakitangan Media Karangkraf untuk mendengar sendiri permasalahan serta cabaran yang dilalui oleh pihak media cetak dalam penyediaan sesebuah akhbar dan majalah.

Turut bersama di dalam program tersebut ialah Dato' Husamuddin Yaacob, Pengarah Urusan/CEO KUMP.Media Karangkraft, Encik Hashim Anang,Pengurus (Tugas-tugas Khas) Kump.Media Karangkraft dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

PDRM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak Karangkraf dalam menjayakan program ini dan diharapkan kerjasama ini akan terus berkekalan.
Media Dan Polis Wanita
Pendaftaran

Media Dan Polis Wanita
Sepanjang program berlangsung

Media Dan Polis Wanita
Penerangan daripada salah seorang wartawan Karangkraft

Media Dan Polis Wanita
Dato' Husamuddin Yaacob, Pengarah Urusan/CEO KUMP.Media Karangkraft menyampaikan ucapan

Media Dan Polis Wanita
Peserta program teruja melihat proses pengubahsuaian sesuatu gambar

Media Dan Polis Wanita
Sepanjang program berlangsung

Media Dan Polis Wanita
Ucapan dan Penerangan daripada Encik Hashim Anang, Pengurus (Tugas-tugas Khas) Kump. Media Karangkraft

Media Dan Polis Wanita
Wakil Sinar Harian memberi penerangan berkenaan proses penerbitan akhbar

Media Dan Polis Wanita
Media Dan Polis Wanita
Bergambar kenangan

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM