Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat

Published: 12 Jun 2014 6.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Saya bersama rakan menyampaikan amanah daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSM) bagi waris-waris keluarga wira negara kita semasa OP Daulat di Lahad Datu", ujar Puan Rohani binti Mazlan, Peno..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mbsb-sumbang-80-000-kepada-waris-wira-op-daulat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:50 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo

MBSB SUMBANG 80,000 KEPADA WARIS WIRA OP DAULAT

"Saya bersama rakan menyampaikan amanah daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSM) bagi waris-waris keluarga wira negara kita semasa OP Daulat di Lahad Datu", ujar Puan Rohani binti Mazlan, Penolong Timbalan Presiden MBSB di dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan OP Daulat di Kompleks Menara II Bukit Aman, Bilik Mesyuarat Pengarah Jabatan Pengurusan, pagi tadi.

Hadir menerima sumbangan tersebut adalah YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM mewakili waris-waris keluarga pejuang OP Daulat.

"Sumbangan ini menunjukkan ucapan penghargaan dan terima kasih kami sebagai rakyat Malaysia kepada pengorbanan mereka menjaga keamanan negara ini", tambah Y.Bhg Penolong Timbalan Presiden MBSB itu.

Hadir sama adalah Puan Rahayu binti Abdul Rahman, Penolong Pengurus MBSB, Puan Rosni binti Abdullah dan Encik Sheikh Mohd Ridzuan, YDH ACP Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus, Pegawai Kebajikan PDRM dan Pegawai Kanan Polis.

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat
YDH ACP Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus, Pegawai Kebajikan PDRM meyambut ketibaan tetamu

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat
YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat
YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM berkongsi kejadian yang dialami oleh wira negara di Lahad Datu

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat
Penyerahan cek oleh Puan Rohani binti Mazlan, Penolong Timbalan Presiden MBSB mewakili Malaysia Building Society Berhad (MBSM) kepada Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Mbsb Sumbang 80 000 Kepada Waris Wira Op Daulat
Penyampaian Cenderahati Kenangan

ArticlePublished 12 Jun 2014 6.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM