Lawatan Rasmi YDH Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal
RAWANG,
16 April – "Tetakan pertama oleh pemberontak menggunakan kapak di
bahagian kepala saya tidak terasa sakit sehingga tetakan ketiga sempat
ditepis menggunakan tangan menyebabkan tangan saya hampir putus",
Inspektor Mohamad Hasnal bin Jamil menceritakan pengalaman semasa
berhadapan dengan serangan pengganas di Simunul, Lahad Datu ketika
lawatan Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara di rumah kediaman beliau, pagi tadi.
"Sepanjang
21 jam kami bertahan, kami sentiasa di dalam posisi meniarap di atas
lantai bagi mengelak pihak musuh mengesan bunyi pergerakan kami", tambah
beliau lagi.
Inspektor
Mohamad Hasnal merasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh
pucuk pimpinan PDRM di atas kesudian meluangkan masa untuk melihat
keadaan kesihatan beliau.
Dalam
lawatan itu, Ketua Polis Negara turut menyampaikan sumbangan kepada
Inspektor Mohamad Hasnal sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan
beliau mempertahankan kedaulatan negara.
Inspektor
Mohamad Hasnal bin Jamil menunjukkan kesan tetakan pengganas kepada YDH
Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Antara yang hadir
YDH
Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Mohamad Hasnal bin Jamil
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM
0%
Sedang Dibaca
Kemajuan Bacaan
Pratonton Imej
Gunakan Escape untuk menutup. Gunakan tambah dan tolak atau roda tetikus untuk zum. Seret apabila dizum; cubit dan seret pada skrin sentuh.
Kod QR Artikel
Imbas menggunakan kamera telefon untuk membaca di peranti anda.