Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur , 18 April 2013 - YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengingatkan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan Pilihanraya nanti agar memp..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/profesionalisma-pdrm-jadi-taruhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:45 MYT
Kuala Lumpur , 18 April 2013 - YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengingatkan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan Pilihanraya nanti agar mempamerkan prestasi profesionalisma tertinggi kepada semua pihak.

Ini dilihat penting supaya dapat menutup setiap ruang kritik kepada mana-mana pihak kerana setiap tugasan dilakukan secara profesional dan berintegriti mengikut lunas-lunas undang-undang dan peraturan sedia ada. 

Beliau menyatakan perkara tersebut di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Logistik yang berlangsung di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman. 

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyentuh perkara berkenaan kesedaran terhadap alam sekitar yang diserapkan kedalam PDRM melalui penyediaan kerangka untuk pemodenan yang bercirikan 'celik-persekitaran' atau ''environmental awareness'' dimana ia bertautan dengan program kelestarian alam sekitar di bawah Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah diperkenalkan sejak 24 Julai 2004. 

PDRM, menerusi Jabatan Logistik, telah merangka satu ''blue prin'' berkaitan ''Amalan Hijau Polis Diraja Malaysi'' yang menghuraikan strategi dan kaedah pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi dalam PDRM. 

Ianya akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan kepada warga PDRM untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berlandaskan persekitaran atau disebut Perolehan Hijau Kerajaan Green Government Procurement (GGP). 

Antara yang akan dilakukan ialah meningkatkan kesedaran dari segi 3R, iaitu''Reuse, Reduce, and Recycl'', dimana langkah tersebut mampu mencorakkan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan generasi akan datang. 

Antara yang hadir ke perhimpunan tersebut ialah para pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM, anggota dan pegawai-pegawai awam Bukit Aman.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Kawalan Kehormatan.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Bacaan Doa.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Lafaz Ikrar.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Penerima-penerima sijil.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Iringan muzik daripada pancaragam PDRM.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Sesi pelancaran amalan kitar semula (3R) Go Green PDRM.

Profesionalisma Pdrm Jadi Taruhan
Sesi sidang media.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM