Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mantapkan Integriti Ydh Ketua Polis Kedah

Published: 11 Jun 2014 7.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Integriti adalah penting untuk membantu dan memberikan perkhidmatan keapda masyarakat dalam menguruskan tanggungjawab serta melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik'..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mantapkan-integriti-ydh-ketua-polis-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:10 MYT

Alor Setar - 31 Oktober 2011

"Integriti adalah penting untuk membantu dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dalam menguruskan tanggungjawab serta melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik"

Demikian antara isi ucapan YDH DCP Dato' Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan PPK/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Ke-86 di Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Beliau  menyahut seruan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat telah memberikan peringatan tegas kepada semua peringkat pangkat pegawai dan anggota PDRM serta pegawai awam yang bertugas di Kontinjen Kedah, untuk lebih memantapkan lagi integriti masing-masing.

Tambah YDH Ketua Polis Kedah lagi, jika ada isu atau permasalahan, setiap pihak boleh membuat teguran tetapi ia perlulah dibuat secara sopan santun dan tidak membangkitkan satu situasi yang mana ada pihak akan disakiti.

" Kerja kita sebagai polis adalah anugerah Allah. Tidak perlu untuk ego atau rasa terlalu berkuasa. Hargailah anugerah Allah dan laksanakanlah amanah Allah itu dengan sebaiknya di samping sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati ", ujar YDH Ketua Polis Kedah ketika menyentuh mengenai isu sikap sebilangan pegawai PDRM dan pegawai awam yang tidak mesra ketika berurusan dengan masyarakat.

"Kita perlu bersatu padu serta mengukuhkan ikatan sedia ada, sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap keupayaan PDRM ", tambah beliau lagi.

Turut hadir adalah YDH SAC Dato' Abdul Ghafar Rajab, Timbalan Ketua Polis Kedah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Pegawai Awam.

Persidangan Aguang Ke-86 bagi Sesi 2011/2012 merupakan satu wadah untuk membincangkan tentang asal-usul kebajikan dan kecekapan pengurusan kenaikan gaji serta persaraan. Di samping itu, aspek lain yang turut dibincangkan adalah syarat-syarat perkhidmatan tanpa melibatkan soal kenaikan pangkat individu atau disiplin yang dibenarkan mengikut peruntukan penubuhan Persatuan Polis di bawah Seksyen 93, Akta Polis.

Mantapkan Integriti Ydh Ketua Polis Kedah
ACP Aziz Mat Aris, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kedah menyampaikan cenderamata kepada YDH DCP Dato' Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah yang telah merasmikan Persidangan Agung Tahunana PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Ke-86 bagi Kontinjen Kedah

Mantapkan Integriti Ydh Ketua Polis Kedah
Bergambar kenangan...Para Exco PPRPD Pusat bersama pucuk pimpinan PDRM, Kontinjen Kedah

Mantapkan Integriti Ydh Ketua Polis Kedah
Sebahagian daripada perwakilan yang hadir di Persidangan Agung Tahunan PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Ke-86, Kontinjen Kedah

Mantapkan Integriti Ydh Ketua Polis Kedah
Sjn Mohd Azlan Mohd Noor menerima cenderahati daripada Sub Inspektor Mohd Rozi Haji Halim, Pengerusi PPRPD, Kontinjen Kedah


Wartawan : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Jurufoto : L/Kpl Fansus Jangor
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM