Artikel
Majlis Upacara Pemakaian Lencana Pangkat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Setelah memenuhi syarat perkhidmatan iaitu lulus Undang-undang Rendah Jabatan, lulus tapisan jabatan iaitu tapisan tatatertib, PTPTN dan SPRM serta diperakukan...
Bukit Aman - 2 November 2011
Setelah memenuhi syarat perkhidmatan iaitu lulus Undang-undang Rendah Jabatan, lulus tapisan jabatan iaitu tapisan tatatertib, PTPTN dan SPRM serta diperakukan oleh Pegawai Pemerintah, anggota tersebut adalah layak dinaikkan pangkat.
Pagi ini menyaksikan seramai 51 orang anggota Skim Perkhidmatan Regular dan 10 orang anggota Skim Perkhidmatan Sokongan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal. Di samping itu, seramai 9 orang anggota berpangkat Sarjan Mejar telah dinaikkan pangkat Sub Inspektor.
Hadir menyempurnakan Majlis Upacara Pemakaian Lencana Pangkat adalah YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Turut hadir, YDH SAC Dato' Mohd Dzulyadaen bin Haji Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Lim Hong Shuan, Bahagian Perlucuthakan Harta JSJN, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota-anggota Polis dan wakil-wakil Media.
Di akhir majlis telah diadakan sesi Sidang Media dan jamuan ringan kepada yang hadir.

Ketibaan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman

Dari kiri... YDH SAC Dato' Haris Wong Bin Abdullah, YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, YDH SAC Dato' Mohd Dzulyadaen Bin Hj.Ismail dan ACP Lim Hong Shuan

Antara yang hadir

Bacaan doa...
Pemakaian Pangkat Sarjan Mejar Ke Sub Inspektor, Pangkat Lans Koperal ke Koperal dan Pangkat Lans Koperal Sokongan ke Koperal Sokongan.

Koperal dan Koperal Sokongan bergambar kenangan bersama YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman

Sub-Inspektor bergambar kenangan bersama YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman

Sidang media ....

Jamuan ringan di akhir majlis
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Shareel Bin Sharman dan Konst Santher
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo