Perarakan Maulidur Rasul Kanak Kanak Kafa Desa Aman 2
Setiap tahun pada hari ini, umat Islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri Majlis Maulidur Rasul.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Petang ini, bertempat di Perumahan Polis Desa Aman 2, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Desa Aman 2 yang dipimpin oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor, Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar, Ustazah Mizatul Adawiyah bt Jalamludin dan Ustazah Wan Roszihan bt Wan Daud bersama Jawatankuasa Surau Perumahan Desa Aman 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Seramai 81 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan (KAFA) berusia dari 5 hingga 12 tahun telah melibatkan diri dalam majlis tersebut bersama ahli keluarga warga Perumahan Polis Desa Aman 2.
Ceramah berkaitan sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W serta sifat-sifat terpuji baginda telah disampaikan oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor dan Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar, seterusnya perarakan di dalam kawasan Perumahan Polis Desa Aman 2 dengan selawat dipimpin oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor.
Ceramah oleh Ustaz Khairi bin Mohd Nor (tengah) bersama Ustaz Mohd Afif bin Abu Bakar dan DSP Zulkurrain Abdullah, Jawatankuasa Surau Desa Aman 2.
Kanak-kanak lelaki KAFA yang hadir...
Sedang menghafal Selawat...
Seronok...berbaris sebelum memulakan perarakan
Perarakan Maulidur Rasul bermula dari pintu utama Perumahan Polis Desa Aman 2.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan menyertai perarakan...
Comel....
Bersemangat membaca selawat dengan kuat
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin