Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mangsa Culik Warga Bangladesh Berjaya Diselamatkan

Published: 19 Jun 2014 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bachok: Seorang lelaki Bangladesh berusia 20 tahun yang diculik dan dijadikan tebusan selama enam hari berjaya diselamatkan polis semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-culik-warga-bangladesh-berjaya-diselamatkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:49 MYT

Bachok: Seorang lelaki Bangladesh berusia 20 tahun yang diculik dan dijadikan tebusan selama enam hari berjaya diselamatkan polis semalam.

Serbuan pihak polis ke atas sebuah rumah di Machang berjaya menahan enam lelaki warga Bangladesh bersama dua beranak rakyat tempatan.

Mangsa yang bekerja buruh binaan itu diselamatkan sepasukan polis dengan kerjasama bapa saudara mangsa yang datang ke lokasi terbabit untuk menyerahkan wang tebusan RM15,000 seperti diminta kumpulan suspek.

Kesemua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Mangsa Culik Warga Bangladesh Berjaya Diselamatkan
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM