Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Dicekup Marin Langkawi

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Langkawi, 8 April - Dua lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi semasa sedang leka menjalankan urusan jual beli dadah di sebuah kawasan penempatan nelayan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-dicekup-marin-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Langkawi, 8 April - Dua lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi semasa sedang leka menjalankan urusan jual beli dadah di sebuah kawasan penempatan nelayan.

Dua lelaki terbabit dilihat dalam keadaan yang mencurigakan oleh anggota polis marin semasa menjalankan rondaan Operasi Landai di kawasan Taman Nilam jam 6 petang tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Langkawi, Insp. Anuar bin Che Ismail berkata kedua-dua lelaki tersebut cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggotanya tetapi berjaya ditahan.

"Pemeriksaan lanjut telah menemui 14.7gram dadah jenis heroin dan 0.2gram syabu dianggarkan bernilai RM2,000 dari kedua-dua suspek. Ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya positif dadah," katanya lagi.

Kedua-dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun itu juga dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan kepada nelayan di kawasan terbabit.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya dan ditahan di IPD Langkawi untuk tindakan lanjut.

Sumber : Pasukan Polis Marin Langkawi
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM