Mangsa Culik Warga Bangladesh Berjaya Diselamatkan
Bachok:
Seorang lelaki Bangladesh berusia 20 tahun yang diculik dan dijadikan
tebusan selama enam hari berjaya diselamatkan polis semalam.
Serbuan
pihak polis ke atas sebuah rumah di Machang berjaya menahan enam lelaki
warga Bangladesh bersama dua beranak rakyat tempatan.
Mangsa
yang bekerja buruh binaan itu diselamatkan sepasukan polis dengan
kerjasama bapa saudara mangsa yang datang ke lokasi terbabit untuk
menyerahkan wang tebusan RM15,000 seperti diminta kumpulan suspek.
Kesemua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian