Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Khidmat Anda Amat Di Hargai', itulah ungkapan kata-kata seluruh warga perumahan Taman Gasing Indah yang telah menjemput tetamu istimewa, YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling J..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/khidmat-anda-amat-di-hargai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:25 MYT
Petaling Jaya - 27 Mac 2011. "Tanggungjawab menjaga keselamatan tidak harus kita serahkan semuanya kepada pihak polis, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekang perlakuan jenayah dari berlaku dan terjadi di kawasan kita", ucap Encik Lfred Chauh, Pengerusi KRT Taman Gasing Indah, Petaling Jaya di Majlis Makan Malam Sempena Menyambut Hari Polis Ke-204 Tahun, malam ini di Restoran Yasin, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.


'Khidmat Anda Amat Di Hargai', itulah  ungkapan kata-kata seluruh warga perumahan Taman Gasing Indah yang telah menjemput tetamu istimewa,  YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields bersama Pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota  dari kedua-dua Ibu Pejabat Polis.


Turut hadir, wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional, Petaling Jaya serta Pengerusi-pengerusi dari KRT Taman Carey, KRT Section 3, KRT Mentari, KRT PJS 9, KRT SS23, KRT SS5B dan KRT SS5D.


"Kejayaan penurunan kadar jenayah di Petaling Jaya bagi tempoh 3 bulan berbanding tahun lepas telah menurun sebanyak 25%, tidak akan mampu dilaksanakan tanpa ada sokongan daripada penduduk Petaling Jaya dan sudah tiba masanya, penduduk dan polis bekerja bersama-sama,  berfikir bersama-sama dan mengembelingkan tenaga untuk mengurangkan kadar jenayah"', ucap YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.


Taman Gasing Indah mempunyai keunikan tersendiri kerana taman ini mempunyai 2 kawasan persempadanan antara Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.


"Pihak kami akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua warga masyarakat dan mengharapkan kerjasama dari masyarakat juga untuk menyalurkan maklumat untuk mencegah jenayah di kawasan ini", antara ucapan oleh YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields.

Sempena majlis pada malam ini juga di adakan upacara memotong kek Hari Polis Ke 204 Tahun dan juga doa selamat.

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Ucapan daripada wakil Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional, Petaling Jaya, Encik Ahmad Saiful

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Ucapan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Encik Lfred Chauh, Pengerusi KRT Taman Gasing Indah menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Ucapan oleh YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Encik Eric Chew, Timbalan Pengerusi KRT Taman Gasing Indah menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis daerah Brickfields

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Majlis memotong kek Hari Polis Ke-204 Tahun

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Kerjasama erat bersama komuniti Rukun Tetangga

Khidmat Anda Amat Di Hargai
Bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Gasing Indah


Gambar sekitar Majlis Makan Malam Sempena Menyambut Hari Polis Ke-204 Tahun
Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai

Khidmat Anda Amat Di Hargai


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM