Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sri Kembangan, 25 Mac 2009 - Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202, telah diadakan di Palace Of The Golden Horses (POGH) Sri Kembangan, Selangor...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-sempena-peringatan-hari-polis-ke-202
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:46 MYT

Sri Kembangan, 25 Mac 2009 - Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun, telah diadakan di Palace Of The Golden Horses (POGH) Sri Kembangan, Selangor.

Majlis tersebut merupakan manifestasi kepada acara tradisi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah sekian lama menjadi amalan organisasi penguatkuasa utama negara ini.

"Malam Mes yang diadakan merupakan jambatan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat setia kawan di kalangan pegawai-pegawai PDRM. Sekaligus mendorong kepada suasana kerja yang harmonis, mesra, beretika dan berintegriti tinggi".

"Kecemerlangan sesebuah organisasi, sebahagian besarnya adalah sumbangan faktor hubungan dalaman. Jika hubungan sesama ahli dapat diserasikan, maka organisasi itu akan berfungsi dengan sempurna dan berkesan".

Demikian kata YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara ketika berucap di majlis yang dihadiri oleh Dato' Wira Chor Chee Heung Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri Datin Wira Cheong Guek Mee.

Turut hadir  Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj. Zainal Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Merican Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Dr. Mohd Tap Salleh Presiden Institut Integriti Malaysia dan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

Pada majlis itu juga YDH Tan Sri Musa mengingatkan semua peringkat pegawai dan anggota polis agar sentiasa menjadikan lima nilai teras PDRM sebagai amalan dan pegangan semasa melaksanakan tugas. Nilai-nilai tersebut ialah setia, berdisiplin, akauntabiliti, prihatin dan mesra serta responsif dan progresif.

"Saya yakin dan percaya, jika kelima-lima nilai teras tersebut dijadikan pegangan dan panduan oleh seluruh warga PDRM, sudah tentu matlamat kita untuk memperkasakan lagi pasukan akan tercapai", kata YDH Tan Sri Musa mengakhiri ucapannya.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Dato Wira Chor Chee Heung Timbalan Menteri Dalam Negeri ke Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Pengarah-Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia beramah mesra sebelum majlis bermula.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Dato Sri Hj. Ahmad Said Hamdan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Bergambar kenangan ..... Dato Wira Chor Chee Heung Timbalan Menteri Dalam Negeri (tengah) bergambar kenangan dengan pucuk pimpinan tertinggi PDRM bersama-sama isteri masing-masing.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Dato Wira Chor Chee Heung diiringi YDH Tan Sri Musa Dato Hj. Hassan diarak masuk ke Dewan Utama Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Panji Utama PDRM diletakkan di hadapan Pentas Utama.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Hadirin yang hadir pada Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM