Pertandingan Catur Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202
Cheras - 26 Mac 2009. Pertandingan Catur Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 telah berlangsung di Markas Briged Tengah PGA bertempat di Dewan Perdana.
Pertandingan ini disertai seramai 120 orang peserta dari pelbagai Jabatan, majlis, pelajar sekolah dan syarikat tertentu. Antaranya daripada Kelab Catur Kuantan, Wesport Malaysia Sdn Bhd, Majlis Sukan Sekolah (MSS) Kedah, MSS Kuala Lumpur, MSS Selangor, MSS Negeri Sembilan, MSS Pahang, PDRM, Jabatan Penjara kajang dan lain-lain sekolah.
Sarjan Ismail bin Ahmad, Juara Catur Dunia (World Police & Fire Games 2003) akan berusaha mencipta sejarah Pasukan Polis Diraja Malaysia umumnya dan Briged Tengah PGA dalam usaha beliau untuk mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records (Most Simultaneous Chess Opponent).
Hadir di pertandingan tersebut ialah YDH SAC II Tan Kok Liang, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah (Pengelola Catur PDRM), ACP Azizan bin Abu Taat, Timbalan Komander Briged Tengah, Tuan Hj. Ibrahim bin Abu Bakar Timbalan Presiden Catur Malaysia, Encik Ricky Yap, Pegawai The Malaysia Book Of Records, Encik Mok Tze Meng, Naib Presiden Catur Selangor, Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion 4, Batalion 5, Batalion 6, Batalion 19 dan Batalion Khas KLIA serta pegawai-pegawai kanan.

Gimik..ACP Azizan bin Abu Taat, Timbalan Komander Briged Tengah merasmikan Pertandingan Catur Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202

Sarjan Ismail bin Ahmad, Juara Catur Dunia (World Police & Fire Games 2003) memulakan pertandingan

Menerima sijil Malaysia Book Of Records