Meraikan Pegawai Dan Anggota Fpu Briged Tengah Pga Dan Unpol
Cheras - 6 April 2009. YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, hadir di Majlis Meraikan Pegawai/Anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tengah PGA dan United Nations Police (UNPOL) ke Misi Pengaman PBB Timor Leste di Markas Briged Tengah PGA, Cheras.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism) PDRM, YDH DCP Dato' Saleh Mat Rashid, Timbalan Pengarah (PGA / Pengurusan Sempadan / Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam, YDH SAC I Dato' Zaleha Bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Y.Bhg. Kol. Dr. Zakariah bin Md. Ali, Kol. Perubatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA, Pegawai-pegawai kanan serta ahli keluraga.
Seramai 136 orang Pegawai/Anggota ke Timor Leste di bawah Misi Pengaman PBB ini akan diketuai oleh DSP Mohd Abduh bin Ismail , Pegawai Turus Gerakan Briged Tengah PGA, selaku Komander FPU di Timor Leste. Pasukan FPU Briged Tengah PGA akan mengantikan Pegawai/Anggota FPU dari Briged Utara PGA.Pemergian Pegawai/Anggota ini dilaksanakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama seramai 70 pegawai dan anggota FPU dan 43 UNPOL akan berlepas dari KLIA pada 7 April 2009, jam 4.30 pagi dan peringkat kedua seramai 70 pegawai dan anggota FPU akan berlepas pada 9 April 2009 juga pada jam 4.30 pagi. Kumpulan ini juga turut disertai seorang doktor dan tiga paramedik daripada ATM.
Antara intipati ucapan oleh YDH pengarah Pengurusan PDRM< beliau berharap pegawai dan anggota yang bertugas di Timor Leste dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan sebagaimana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sentiasalah sematkan di dalam hati dengan nilai-nilai murni, berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan jangan sekali kali lupa bahawa "Integriti Amalan Kita".

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, hadir di Majlis Meraikan Pegawai/Anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tengah PGA dan United Nations Police (UNPOL) ke Misi Pengaman PBB Timor Leste di Markas Briged Tengah PGA, Cheras.

Ucapan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

Bacaan Doa Selamat..antara anggota yang akan menyertai FPU

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari menyerahkan Jalur Gemilang kepadaDSP Mohd Abduh bin Ismail , Pegawai Turus Gerakan Briged Tengah PGA, selaku Komander FPU di Timor Leste.

Antara Pegawai PDRM yang akan bertugas di Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Timor Leste

YDH Pengarah Pengurusan mengucapkan selamat jalan...