Artikel
Malam Jasamu Dikenang Cawangan Trafik Bukit Aman Tahun 2012
Bertempat di Tropicana Golf & Country Resort telah berlangsung satu Majlis Jasamu Dikenang oleh Cawangan Trafik Bukit Aman Tahun 2012. Majlis ini diadakan bagi...
Petaling
Jaya, 6 April 2012 - Bertempat di Tropicana Golf & Country Resort
telah berlangsung satu Majlis Jasamu Dikenang oleh Cawangan Trafik Bukit
Aman Tahun 2012. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa
pegawai-pegawai, anggota-anggota dan Pegawai Awam Cawangan Trafik di
Bukit Aman yang sudah bersara, bertukar tempat tugas dan yang menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Seramai
5 orang pegawai, 9 anggota dan 3 orang kakitangan awam telah bertukar
ke tempat baru sementara seorang pegawai akan mengikuti pengajian di
luar negara dan tidak lupa juga 5 orang bekas warga cawangan trafik yang
telah banyak menabur bakti dalam pasukan iaitu Supt. Haji Alias bin
Haji Sam, DSP Noor Azizan bt. Arshad, ASP Azhar bin Ahmad, Sjn Abdullah
Bukhori bin Mohd Salleh dan Sjn. Muhammad Saleh bin Ahmad. Kesemua
tetamu yang diraikan ini menerima cenderahati serta sijil.
Majlis
juga dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan iaitu Jamal Abdillah
yang telah menyumbangkan dua buah lagu sehingga membuat penonton terpaku
keasyikkan suara beliau. Persembahan dari warga cawangan trafik juga
berjaya memukau penonton yang hadir pada malam ini.
Turut
hadir di majlis, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik
Pasukan PDRM dan isteri Y.bhg Datin Wan Masiah bt. Wan Ismail,
Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Trafik Bukit Aman, Anggota PDRM serta
Pegawai Awam.

Ketibaan YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM.

Ucapan YDH Ketua Trfafik Pasukan.















Wartawan & Jurugambar : KPL. Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor