Briged Tengah Pga Anjur Program Derma Darah
Cheras
, 5 April 2012 - Program Derma Darah Briged Tengah PGA Sempena Sambutan
Hari Polis Ke-205 Tahun telah diadakan di Dewan Serbaguna Markas Briged
Tengah PGA Cheras, Kuala Lumpur.
Program
ini bermula dari jam 8 pagi hingga jam 1 tengahari telah mendapat
sambutan yang menggalakkan dari Pegawai – pegawai Kanan,
Anggota-anggota, Pegawai Awam dan juga ahli-ahli PERKEP yang berkhidmat
di Ibu Pejabat Briged Tengah, Batalion 4 dan 19 PGA, Batalion Khas KLIA
dan Skuadron 5 Kereta Perisai.
Turut hadir di program ini ialah Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Khas KLIA, DSP Ahmad Zailaini Bin Yaacob.

DSP Ahmad Zailaini Bin Yaacob bersama dengan anggota Batalion Khas KLIA yang sedang menderma darah.

ASP Siew Yoong Loke Pegawai Turus Logistik Komunikasi Briged Tengah bersama anggota PGA yang sedang menderma darah.

Salah seorang anggota PGA sedang menderma darah.

Seorang ahli PERKEP sedang mengisi borang.

Sebahagian angota PGA sedang mengisi borang.

Pemeriksaan kesihatan perlu untuk seseorang yang ingin menderma darah.
Sekitar Program Derma Darah Briged Tengah










Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel Shahriman
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan