Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Ziarah Keluarga Dirang

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Atas rasa simpati dan keprihatinan Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, Puan Sri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia telah menziarahi keluarga All..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-keluarga-dirang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:41 MYT
>

Johor Bahru - 6 April 2012. KPN ZIARAH KELUARGA DIRANG : Atas rasa simpati dan keprihatinan YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia telah menziarahi keluarga Allahyarham Adik Nurul Nadirah Binti Abdullah (Dirang) yang turut disertai oleh YDH DCP Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Haji Mohd. Shariff, Ketua Polis Johor, pagi tadi.

YDH Tan Sri Haji Ismail dan isteri sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar kepada ibu Dirang, Roselyn Alan dan turut memberikan sedikit sumbangan.

Mengimbas semula kejadian, Allahyarham Adik Nurul Nadirah disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, 8 Mac lalu disahkan milik beliau. Hasil maklumat dan kerjasama daripada orang ramai, pihak polis berjaya menahan suspek utama kes tersebut.

Kpn Ziarah Keluarga Dirang
YDH Ketua Polis Negara bertanya khabar ..

Kpn Ziarah Keluarga Dirang
Menyampaikan sumbangan...


Berita: IPK Johor

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM