Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Anugerah Sukan Pdrm Hargai Semangat Sang Saka Biru

Diterbitkan: 09 May 2017 1.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2017 – Para penggiat sukan serta barisan atlet yang telah berjaya menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di persada antarabangsa sepanjang tahun 2016 telah diraikan dalam satu Majlis Malam Anugerah Sukan di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-anugerah-sukan-pdrm-hargai-semangat-sang-saka-biru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mei 2017 – Para penggiat sukan serta barisan atlet yang telah berjaya menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di persada antarabangsa sepanjang tahun 2016 telah diraikan dalam satu Majlis Malam Anugerah Sukan di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur,  petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucapan perasmiannya memberi saranan agar pelan pembangunan sukan yang lebih komprehensif dapat disediakan bagi melonjakkan lagi penyertaan pasukan dan atlet kita ke persada antarabangsa.

Katanya lagi, kerjasama pintar antara PDRM dan Jabatan Pelajaran Negeri dan Institusi-institusi pengajian tinggi juga adalah salah satu langkah yang tepat untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai wakil PDRM di arena sukan pada masa hadapan.

Atlet Boling Padang PDRM, Kontabel Sokongan Muhammad Soufi Rusli dan Koperal Sokongan Siti Zalina Ahmad dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati PDRM 2015, manakala Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman memenangi kategori Anugerah Khas Sukan PDRM 2016.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia, Encik Ahmad Faedzal Md Ramli, Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia, Encik Fong Wan Hor, Pegawai Kanan dan anggota PDRM serta rakan media.


_MG_3799
imbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menandatangani bola sempena majlis bermula.

_MG_3859
Antara yang hadir.

_MG_3851
Antara yang hadir.

_MG_3973
Anugerah Pengelola Terbaik Sukan PDRM 2016, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), Dato' Abdul Hamid Mohd Ali (Karate)
 
 
 
 
 
 
 
 
 


_MG_3921
Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ketika menyampaikan anugerah kepada Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Samah Bin Mat.

_MG_3950
Anugerah Jurulatih Terbaik Sukan PDRM 2016, Koperal Muhammad Khairuddin Mohamed bagi sukan karate.

_MG_4082
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan Anugerah Olahragawan kepada Konstabel Sokongan Muhammad Soufi Rusli.

_MG_4062
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan Anugerah Olahragawati kepada Koperal Sokongan Siti Zalina Ahmad.

_MG_4096
Gambar kenangan.

_MG_3752
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Barisan Pengarah PDRM yang hadir bergambar bersama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ArtikelDiterbitkan 09 May 2017 1.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM