Briged Tengah Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
Kuala Lumpur , 9 Mei 2017 - Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menganjurkan satu Program Lawatan Kebajikan terhadap pesakit di Wad Pediatrik Kanak-kanak (6PB), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, dekat sini, pagi tadi.
Lawatan yang bersempena dengan Peringatan Hari Polis Ke 210 itu diwakili oleh Ketua Skuadron 5 Perisai Briged Tengah, ASP Mohd Naiem Ahmad Subhi adalah sebagai tanda terima kasih kepada pakar-pakar perubatan serta warga kerja PPUM yang merawat pesakit dikalangan anggota dan ahli keluarga PDRM.
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), yang diketuai oleh Pengerusi Batalion 4 Semenyih, Puan Hajah Hasliza Hassan turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak terdiri daripada masyarakat tempatan dan anggota keluarga PDRM yang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Turut hadir menyertai rombongan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah, Ahli PERKEP dari Briged Tengah PGA Cheras , Batalion 19 PGA Cheras dan Batalion 4 PGA Semenyih.
Sekitar Program Lawatan Kebajikan terhadap pesakit di Wad Pediatrik Kanak-kanak (6PB), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Program Lawatan Kebajikan terhadap pesakit di Wad Pediatrik Kanak-kanak (6PB), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)