Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Malam Anugerah Sukan PDRM 2007 di adakan bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada atlit serta individu yang terlibat secara langsung..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-anugerah-sukan-pdrm-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:04 MYT

Cheras - 9 Julai 2008. Majlis Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia 2007 telah di adakan dengan penuh meriah di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-komander Briged, Komandan-komandan PULAPOL, dif-dif jemputan, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, para pengelola sukan dan para atlit PDRM.

Hadir sama ialah Y.Bhg. Encik Zahri bin Haji Samingon, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Y.Bhg. Encik Abdul Jalil bin Haji Abdullah, Ahli Panel Jawatankuasa Pemilihan Malam Anugerah Sukan PDRM 2007 (Majlis Sukan Negara) dan Y.Bhg. Encik Ibrahim bin Abu Bakar, Ahli Panel Jawatankuasa Pemilihan Malam Anugerah Sukan PDRM 2007 ( Persatuan Penulis Sukan Malaysia). 

Pada setiap tahun, Majlis Sukan PDRM akan menganjurkan Kejohanan Piala Ketua Polis Negara yang melibatkan pelbagai jenis sukan dengan setiap kontinjen akan dipilih untuk mengelolakan kejohanan-kejohanan tersebut. Kejohanan Piala Ketua Polis Negara di adakan untuk mencungkil bakat-bakat atlit PDRM yang terpendam dalam bidang sukan, untuk di ketengahkan ke peringkat atau persada yang lebih tinggi dan bertanding ke peringkat kebangsaan mahupun di arena sukan antarabangsa.

Sejak kebelakangan ini PDRM kurang melahirkan atlit berstatus kebangsaan, namum PDRM masih mengekalkan pencapaian yang agak konsisten di peringkat kebangsaan, terutamanya penyertaan di dalam kejohanan yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia 2007. PDRM telah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi kategori aktiviti MAKSAK Malaysia 2007 dan tempat ketiga bagi kategori penyertaan terbanyak aktiviti MAKSAK Malaysia 2007.

Atlit PDRM juga telah meraih pelbagai anugerah pada Malam Anugerah MAKSAK 2007. Antara anugerah yang telah diterima oleh atlit PDRM ialah Anugerah Olahragawan Kebangsaan MAKSAK Malaysia 2007 yang telah dimenangi oleh jaguh bina badan negara, Sjn/S Sazali bin Abd. Samad, kategori Olahragawati Kebangsaan MAKSAK Malaysia 2007 dimenangi olehjaguh lawn bowls wanita kebangsaan, Konst/S Siti Zalina Arshad manakala bagi kategori Olahragawan MAKSAK Malaysia 2007 pula dimenangi oleh Konst Shamsul Azlan bin Shamsudin dari sukan petanque.

Malam Anugerah Sukan PDRM 2007 di adakan bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada atlit serta   individu yang terlibat secara langsung di dalam mengharumkan nama PDRM dalam arena sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Malam Anugerah Sukan PDRM yang di adakan saban tahun merupakan malam kemuncak kepada aktiviti-aktiviti kesukanan PDRM. Majlis  ini adalah sebagai tanda penghargaan PDRM terhadap kegigihan, komitmen dan sumbangan serta kejayaan para atlit dan pegawai-pegawai sukan semasa mengambil bahagian dalam temasya-temasya sukan yang dipertandingkan.

Penerima Anugerah Sukan PDRM 2007
1.  Olahragawan            - Sjn/S 11926 Sazali bin Abd Samad ( Bina Badan )
2.  Olahragawati            - Konst/S 15362 Siti Zalina binti Ahmad ( Lawn Bowls )
3.  Atlit Harapan Lelaki   - L/Kpl 151946 Mohd Hadafi bin Jaafar ( Menembak )
4.  Atlit Harapan Wanita  - Konst 154815 Lee Mui Lin ( Sukan Air )
5. Jurulatih Terbaik        - Sjn 108276 Syed Mohamad bin Syed Akil ( lawn Bowls )
6. Pengelola Terbaik       - Insp Gazali bin Yunus ( Bina Badan )

Keputusan Keseluruhan Sukan Piala KPN 2007
Johan         : PULAPOL Kuala Lumpur
Naib Johan  : Selangor
Ketiga         : Bukit Aman
Keempat     : Briged Tengah
Kelima        : Perak
Keenam      : Pulau Pinang

Penyertaan 100% (14 Acara) Sukan Piala KPN 2007
PULAPOL Kuala Lumpur
Selangor
Bukit Aman
Perak
Pulau Pinang

Anugerah Khas Sukan PDRM
DSP Arjunaiti bin Abdullah ( Setiausaha Majlis Sukan PDRM )

Semoga penganugerahan ini menjadi dorongan kepada seluruh atlit PDRM untuk terus berusaha meningkatkan keupayaan dan mempertahankan kejayaan yang diperolehi, sekaligus akan memartabatkan nama PDRM di persada sukan tanahair. Dan kepada yang tidak berjaya, jadikan majlis ini sebagai peniup semangat untuk lebih cemerlang dan terbilang.
 
Majulah Sukan Untuk Negara
Warisan Kebanggaan Mendukung Tema
Rebah Bangun Kentalan Perwira
Satu Matlamat Menjulang Nama

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Anugerah Khas Sukan PDRM ...DSP Arjunaiti bin Abdullah menerima sijil daripada YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Calon-calon Olahragawan 2007...dari kanan, Sjn/S Sazali bin Abd Samad (Bina badan), L/Kpl Shaharudin Hashim (Olahraga) dan Konst Mohd Fauzi Khalid (Silat Olahraga)

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Calon-calon Olahragawati 2007...dari kiri, Sjn Nor Dalilah Abu Bakar (Menembak), Konst Chuling ak Attay (Olahraga) dan Konst/S Siti Zalina binti Ahmad (Lawn Bowls)

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Calon Atlit Harapan Lelaki...dari kanan, L/Kpl Tun Jahfar Abd Rahim (Bina badan), L/Kpl Mohd hadafi jaafar (Menembak) dan Konst Wan Mohd Husaini Wan Deraman.

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Atlet Harapan Wanita 2007...dari kanan,Konst Norfasyera Abdullah (Menembak), Konst Kushaini a/p Sassie (Olahraga) dan Konst Lee Mui Lin (Sukan Air) , yang menerima trofi kemenangan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Calon-calon Jurulatih Terbaik...dari kanan, pemenang, Sjn Syed Mohamad Syed Akil (Lawn Bowls), Kpl Shamsul Alias Jaafar (Karate) dan Kpl Othman Yahya (Bina Badan)

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Calon Pengelola Terbaik...dari kanan, ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin (Menembak), P/Supt Syed Zainal Abidin Syed Zin (Lawn Bowls) dan pemenang, Insp Gazali Yunus (Bina Badan)

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2007
Olahragawan Sukan PDRM 2007...Sjn/S Sazali Abd Samad dari Sukan Bina Badan dan Konst/S Siti Zalina Ahmad dari Sukan Lawn Bowls.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM