Shah Alam - 23 Julai 2008. Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, Shah Alam Selangor.
Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan PDRM isteri kepada YDH CP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM itu telah disambut mesra oleh Dato' Hussamuddin Yaacub Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, Hj. Abd. Jalil Ali Penasihat Eksekutif (Editorial) dan Hashim Anang Pengurus Perhubungan Awam.
Rombongan telah dibawa melawat oleh Hashim Anang bermula dari bahagian mengumpul bahan, unit grafik, percetakan, menjilid/binding, IT Digital dan kilang mencetak Akhbar Sinar Harian.
"Kami didedahkan bagaimana proses penerbitan, bermula dari mengumpul bahan, reka letak, mencetak dan sehinggalah sesebuah majalah itu siap untuk diedarkan",
"Lawatan sedemikian amat berharga dan telah memberikan pengalaman baru kepada kami tentang selok belok proses penerbitan sesebuah majalah dan akhbar".
Kata Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari ketika berucap di majlis jamuan ringan sempena lawatan tersebut yang turut dihadiri oleh Datin Cindy P.Y. Koh Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Sempena lawatan itu, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd telah menawarkan diri untuk mengadakan kerjasama dengan Perkep untuk menjalankan sebarang aktiviti yang berfaedah kepada ahli-ahlinya.
"Kami sedia bekerjasama dengan Perkep untuk menjayakan sebarang aktiviti kepada ahli-ahlinya, terutamanya mempromosikan aktiviti yang diadakan itu di majalah dan akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd".
"Kami juga sedia untuk mengadakan acara belajar atau pertandingan memasak bersama Majalah Rasa dengan Perkep".
Demikian kata Dato' Hussamuddin Yaacub, dalam ucapan balasnya meraikan rombongan tersebut.

Hashim
Anang Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd,
mengalu-alukan kehadiran rombongan Perkep yang turut dihadiri oleh Supt.
Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM dan Dato' Hussamuddin Yaacub
Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Rombongan melawat Unit Mengumpul Bahan. Di sini proses permulaan dibuat sebelum sesebuah majalah diterbitkan.

Richie Rahman menunjukkan Majalah Impiana, salah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Rombongan bergambar kenangan di dalam salah sebuah studio Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Rombongan dibawa melawat ke kilang mencetak akhbar Sinar Harian.

Hashim Anang Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd menunjukan sebuah majalah yang baru siap dibinding.

Mengambil
kesempatan bergambar kenangan bersama pelajar buta dari Sekolah
Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur secara kebetulan turut mengadakan
lawatan.

Cenderahati
...... Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari menerima cenderahati daripada
Dato' Hussamuddin Yaacub, iaitu majalah-majalah yang diterbitkan oleh
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.