| Pulau Pinang - Kontinjen Pulau Pinang adalah penganjur Kejohanan Ping Pong Polis Diraja Malaysia Piala Ketua Polis Negara 2008 kali ke 4. Kejohanan Ping Pong Polis Diraja Malaysia Piala Ketua Polis Negara 2008 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Markas Unit No.3 Pasukan Simpanan Persekutuan, Pulau Pinang, bermula dari 25 April 2008 dan berakhir pada 27 April 2008.
Majlis Perasmian telah berlangsung di Dewan Komuniti, Pangkalan Polis Marin Utara, Batu Uban dan dirasmikan oleh YDH SAC I Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang sementara Majlis Penutup oleh YDH CP Dato' Abd. Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
Kejohanan Ping Pong Piala KPN di adakan dua tahun sekali bermula pada tahun 2002. Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan 9 pasukan bagi kategori wanita. Kejohanan dibahagikan kepada beberapa siri perlawanan iaitu Berpasukan Lelaki, Perseorangan Lelaki Terbuka, Perseorangan Wanita Terbuka dan Bergu Wanita. Bagi kategori berpasukan lelaki, setiap kontinjen atau pasukan menghantar seramai 8 orang pemain iatu 6 orang pemainbagi acara bergu dan 2 orang pemain bagi acara perseorangan.
Antara intipatiSekapur Sireholeh YDH CP Dato' Abd. Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, beliau mengalu-alukan kehadiran semua pemain yang mewakili kontinjen dan formasi ke temasya kali ini. Kejohanan yang dianjurkan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia, untuk diketengahkan dan bertanding secara kompetetif di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Justeru itu, beliau berharap kepada semua atlit yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Ping Pong Piala KPN 2008 mempamerkan persembahan yang bertenaga, mantap dan berkualiti yang sekaligus dapat melakarkan kemenangan dan membawa kejayaan kepada kontinjen masing-masing.
Bagi acara Berpasukan Lelaki, Kontinjen Pahang telah menjadi Johan, Naib Johan pula ialah Kontinjen Selangor dan tempat Ketiga, Bukit Aman dan Kontinjen Kedah. Johan acara Perseorangan Lelaki, dimenangi oleh Ahmad Jennah bin Mohd Yusoff dari Kontinjen Kelantan yang mengalahkan pemain dari Bukit Aman, Abd Rahim bin Abdullah. Perseorangan akhir yang sengit ini juga di saksikan olehYDH Pengarah Pengurusan PDRM. Tempat Ketiga ialah Bakar bin Hj. Osman dan Keempat, Mat Ropi bin Mahmud, kedua-duanya dari Briged Utara.
Bagi acara Perseorangan Wanita, Johan dan Naib Johan di ungguli oleh Bukit Aman, dimana Lim Ming mengalahkan rakan sepasukan, Lim Lee Yoke. Tempat Ketiga, Wan Sahaini binti Wan Jaafar dari Kontinjen Kuala Lumpur yang mengalahkan rakan sepasukan, Chin Lee Fong. Johan Bergu Wanita ialah pasangan Ang Foo Lian dan Wong Hua May dari Kontinjen Selangor mengalahkan pasangan Lee Kum Yip dan Lau Li Leng dari Bukit Aman. Tempat Ketiga, pasangan Liew Siew Nging dan Hamidah binti Sulong dari Kontinjen Pulau Pinang yang mengalahkan pasangan Teh Fong Mei dan Norzita binti Abd Rahman dari Kuala Lumpur. 
YDH CP Dato' Abd. Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM menerima cenderahati daripada YDH SAC I Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang 
kiri...Ahmad Jennah bin Mohd Yusoff dari Kontinjen Kelantan yang mengalahkan pemain dari Bukit Aman, Abd Rahim bin Abdullah di perlawananakhir Perseorangan Lelaki 
YDH CP Dato' Abd. Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM beramah mesra dengan C/Insp Abdul Rahman Ahmad, Ketua Kontinjen Pulau Pinang 
Kontinjen Pahang yang merangkul Piala Ketua Polis Negara bagi acara Berpasukan Lelaki 
Kontinjen Bukit Aman yang menjadi Johan dan naib Johan bagi acara Perseorangan Wanita, Naib Johan Perseorangan Lelaki, Naib Johan Bergu Wanita dan tempat Ketiga Berpasukan Lelaki |