Maktab Pdrm Cheras Terima 29 Pelajar Praktikum Usm
oleh : L/Kpl Edwind Indo
KUALA
LUMPUR, 10 September - Seramai 29 pelajar Praktikum Sains Forensik,
Universiti Sains Malaysia telah berjaya terpilih untuk menjalani
Praktikum Forensik di Maktab PDRM Kuala Lumpur dan makmal Forensik PDRM.
"Pelajar-pelajar
praktikum ini sangat beruntung kerana dapat bersama-sama dengan
Pegawai-pegawai Kanan Polis selain mendapat bimbingan dari aspek
penyiasatan saintifik dan serba profesional dalam mengumpulkan
bahan-bahan bukti bagi suatu kes", YDH SAC Dato' Shahbudin Abdul Wahab,
Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur berucap di Majlis Perasmian Praktikum
Sains Forensik Bagi Sesi 2012/2013, Dewan Benquet Maktab PDRM, hari ini.
Sesi
2012/2013 yang merupakan tahun ke-sepuluh sejak Program Praktikum
bermula pada tahun 2002 itu serba sedikit mendedahkan serba sedikit
mengenai kerjaya kepolisian khususnya di dalam bidang penyiasatan
forensik.
Turut
hadir adalah Y.Bhg Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah, Pengerusi Praktikum
Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus USM Kubang
Kerian, Kelantan, YDH SAC Mohd Shahrizan b. Che Mat, Timbalan Komandan
Maktab dan Pegawai Kana Polis.

YDH SAC Mohd Shahrizan b. Che Mat, Timbalan Komandan Maktab

Antara pelajar-pelajar yang terpilih





Bacaan doa

Ucapan
Y.Bhg Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah, Pengerusi Praktikum Sains Forensik,
Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus USM Kubang Kerian, Kelantan

Ucapan YDH SAC Dato' Shahbudin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur


Penyerahan simbolik Pelajar USM kepada YDH Komandan Maktab PDRM

Bergambar kenangan di perkarangan Maktab PDRM