Oleh : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
SEPANG,
12 September - PDRM hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang
sehingga kini masih memberikan kepercayaan kepada PDRM dan merestui
penghantaran kumpulan seramai 23 pegawai dan anggota ke United Nations African Union Mission in Darfur (UNAMID) di Sudan bagi menggantikan pasukan yang telah kembali pada 16 Disember 2011 yang lalu.
"Dengan penyertaan kumpulan ini, pegawai dan anggota PDRM yang berada di Darfur, Sudan adalah seramai 40 orang.
Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan ini akan diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah, selaku Ketua Kumpulan G 25.
PDRM juga mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), yang penuh yakin dan sentiasa memberi peluang kepada warga PDRM
untuk melaksanakan tugas sebagai satu daripada pasukan pengaman PBB di
negara tersebut. Sesungguhnya keyakinan PBB kepada PDRM, membuktikan
bahawa pegawai dan anggota PDRM, telah berjaya mempamerkan kecemerlangan
tugas yang dipertanggungjawabkan dalam misi-misi pengaman PBB sebelum
ini", amanat oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM yang disampaikan oleh YDH
SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran).
"Saya
berkeyakinan penuh bahawa tuan-tuan yang merupakan pegawai dan anggota
polis yang terlatih, berdisiplin dan bermotivasi tinggi, akan dapat
melaksanakan misi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan
baik. Berbekalkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan,
tentunya UNAMID akan mendapat manfaat secara langsung melalui
implementasi mandat PBB di misi yang akan anda sertai ini", ujarnya
lagi.
"Anda dapat bertukar pendapat serta budaya kerja dengan rakan-rakan setugas antarabangsa di UNAMID. Ambillah "good practices" untuk
menjadi pedoman diri sendiri setelah kembali dari misi kelak, dan
panjangkan kepada rakan-rakan sekerja di dalam PDRM untuk manfaat
bersama. Dengan demikian, secara tidak langsung, imej PDRM dan negara
akan sentiasa kekal sebagai sebuah pasukan pengaman yang akan terus
mendapat kepercayaan dan pujian daripada PBB"
"Selama
berkhidmat di negara tersebut, pegawai dan anggota PDRM hendaklah
mematuhi segala peraturan dan undang-undang di bawah bendera PBB.
Sebagai wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas di
tempat orang. Tunjukkanlah kualiti disiplin yang tinggi dan bertugaslah
secara professional kerana Pegawai dan Anggota yang berkhidmat di bawah
misi pengaman PBB di Darfur, Sudan ini, tetap tertakluk kepada Seksyen 11 Akta Polis 1967, dan Perintah
Am Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993" nasihat YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman sebelum mengakhiri
ucapannya.

YDH
SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran), Superintendan Imran bin Abd Rahman Ketua Polis Daerah
Sepang, Yang Dihormati Superintendan Che Zakaria bin Othman Ketua
Pegawai Turus Istiadat Bukit Aman

Pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan

YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), ketika menyampaikan ucapan

DSP Shaharuddin bin Abdullah, selaku Ketua Kumpulan G 25 ketika membaca ikrar

Bacaan ikrar

Sekitar program

Bacaan doa

Sekitar program

Sekitar program

Sekitar program

Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
PDRM hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang sehingga kini masih memberikan kepercayaan kepada PDRM dan merestui pengh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-pbb-darfur-sudan-unamid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.