Artikel
Meraikan Bakal Bakal Haji Pdrm Peringkat Bukit Aman
Bukit Aman, 10 Oktober 2012 - Petang ini telah berlangsung Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji Peringkat Bukit Aman Tahun 2012. Seramai 46 bakal haji dari PDRM ak...
oleh : Kpl. Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Bukit Aman, 10 Oktober 2012 - Petang
ini telah berlangsung Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji Peringkat Bukit
Aman Tahun 2012. Seramai 42 bakal haji dari PDRM akan berlepas
menunaikan haji.
Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin
dan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Sohibul Fadilah Ustaz
Hassan Al-Fadli bin Ab Rahman, Ketua Imam Masjid Bukit Aman dan
seterusnya penyampaian cenderahati.
Sumbangan dari pihak Masjid Bukit Aman
dan pihak PERKEP Malaysia yang telah berbesar hati menyampaikan
cenderahati kepada bakal-bakal haji dan pasangan.
Turut hadir, YDH IGP Tan Sri Dato' Seri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan
Seri Datin Seri Hajjah Suriati binti Mohamad Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia, YDH DIG Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan Seri Imran binti Haji Ibrahim,
Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH SAC Zaharuddin bin Abdullah,
Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Agama dan Kaunseling), YDH Dato' Seri-
Dato' Seri, YDH Dato'-Dato Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan
PDRM, Anggota PDRM serta kakitangan awam.

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Ketibaan Y.Bhg Puan Seri Datin Seri Hajjah Suriati binti Mohamad Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.


Ketibaan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.
Bacaan Yaasin dan Doa Selamat






Antara Penerima Cendehati




