Polis
menahan seorang wanita Indonesia selepas menyerbu sebuah rumah teres
yang dijadikan makmal untuk memproses dadah di Taman Kristal, Jalan
Pondok Upeh baru-baru ini. Serbuan awal pagi itu dilakukan selepas polis
menjalankan risikan sebaik menerima maklumat awam mengenai kegiatan suspek berusia 23 tahun tersebut.
Polis
merampas 57 gram syabu dan pil-pil dadah sintetik yang dianggarkan
bernilai lebih Rm10,000. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Makmal Dadah Diserbu
Polis merampas 57 gram syabu dan pil-pil dadah sintetik yang dianggarkan bernilai lebih Rm10,000. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-dadah-diserbu-20140617
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.