Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah Di Pulau Pinang Menu

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang tukang cat maut akibat ditembak dari jarak dekat ketika minum di sebuah res..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-babitkan-pelajar-sekolah-di-pulau-pinang-menu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:35 MYT

Bukit Mertajam, 4 Julai - Indeks jenayah terutama berkaitan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah di Pulau Pinang bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurun berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehingga Mei lepas indeks jenayah membabitkan pelajar sekolah ialah empat peratus berbanding lima peratus tahun lepas.

"Ia menurun satu peratus dan ia petanda positif, ini adalah hasil kerjasama daripada pihak sekolah, guru, ibu bapa dengan pihak polis. Walaupun indeks berkenaan menurun, pihak polis akan sentiasa memantau perkembangan berkenaan," katanya di sini malam ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program 'High Profile Policing' di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis sentiasa mengambil beberapa inisiatif untuk memerangi jenayah dan meningkatkan kesedaran awam dengan mengadakan siri program bersama masyarakat setempat.

Abdul Rahim berkata polis percaya program seperti itu dapat membentuk identiti masyarakat supaya lebih berdisiplin dan menjauhi diri daripada terlibat secara langsung dalam jenayah.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang tukang cat maut akibat ditembak dari jarak dekat ketika minum di sebuah restoran di Taman Seri Emas, Nibong Tebal, Ahad lepas.

Katanya, semua mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar Nibong Tebal dan kini direman selama tujuh hari.

"Kita masih menyiasat motif kejadian itu dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian 30 Jun lepas, mangsa Loh Hooi Tiong, 48, ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki ketika sedang minum dan mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Parit Buntar, namun meninggal dunia ketika dirawat. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM