Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peranan Ipd Balai Polis Dimantap Tangani Masalah Jenayah

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Sebagai contoh, mungkin dalam balai polis kita bahagikan anggota untuk menjaga sektor tertentu diketuai korporal dan peranan mereka untuk bergaul dengan masyarakat setempat serta mengetahui profil ka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peranan-ipd-balai-polis-dimantap-tangani-masalah-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

Miri, 4 Julai - Polis akan memantapkan peranan Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan balai polis sebagai inisiatif terkini menangani masalah jenayah berteraskan konsep turun padang serta interaksi dengan orang awam secara
konsisten.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Datuk Wira Ayub Yaakob berkata berdasarkan model kejayaan polis Pulau Pinang mengurangkan kadar jenayah, kaedah pengumpulan profil sesuatu kawasan mungkin diaplikasi agar strategi bagi mengurangkan masalah jenayah dapat disesuai berdasarkan keperluan semasa.

"Sebagai contoh, mungkin dalam balai polis kita bahagikan anggota untuk menjaga sektor tertentu diketuai korporal dan peranan mereka untuk bergaul dengan masyarakat setempat serta mengetahui profil kawasan itu," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di sini hari ini.

Tinjaun mesra itu adalah acara rasmi pertama Ayub yang baharu dilantik mengetuai jabatan berkenaan yang beroperasi secara rasmi Isnin lepas.

Ayub berkata fokus turun padang akan mempunyai tiga objektif utama iaitu mengetahui keperluan masyarakat setempat, memahami masalah serta mencari penyelesaian dan mendapat maklum balas masyarakat terhadap sebarang tindakan polis yang dilaksanakan.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM