Artikel
Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1437h 2015m
Bukit Aman, 19 November – Qari dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Razlee Asmat dan Qariah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Sa’...
Bukit Aman, 19 November – Qari dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Razlee Asmat dan Qariah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Sa’diah Md Dewi dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1437H/2015M, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman itu menyaksikan seramai lima orang Qari dan tiga orang Qariah dari pelbagai jabatan dalam PDRM telah mengambil bahagian untuk acara tahunan yang telah berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran tahun ini.
Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran di kalangan warga PDRM disamping memberi manfaat dan pendedahan akan isi kandungan maksud dalam kitab suci tersebut.
Dalam majlis itu juga, Qari dari Urus Setia KPN, Mohd Tarmizi Abdul Satar dan Qari dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Faaizuun Abdul Salam telah dianugerahkan sebagai Naib Johan dan tempat ketiga dalam majlis yang berlangsung pada tahun ini. Manakala, Khadijah Mat Repah dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Nur Fathiyah Aiderus dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula telah dianugerahkan sebagai Naib Johan dan tempat ketiga bagi kategori Qariah.
Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) DCP Dato' Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Dato'-Dato' Pegawai Kanan PDRM dan semua wakil-wakil jabatan.

Sesi bergambar kenangan..

Penyampaian hadiah kepada Johan Qari, Razlee Asmat dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

Antara tetamu kehormat yang hadir..

Johan Qari dan Qariah, Razlee Asmat dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Sa’diah Md Dewi dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)..

Bacaan doa..