Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jasa Pejuang Negara Dihargai

Diterbitkan: 02 Dec 2015 7.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 26 Nov – Sebagai satu tanda pengiktirafan dan penghargaan jasa pegawai dan anggota yang telah terkorban nyawa di Lahad Datu Sabah, Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mangadakan satu Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jasa-pejuang-negara-dihargai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:52 MYT
Ipoh, 26 Nov – Sebagai satu tanda pengiktirafan dan penghargaan jasa pegawai dan anggota yang telah terkorban nyawa di Lahad Datu Sabah, Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mangadakan satu Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, semalam.

Seramai 254 pejuang dari kalangan pegawai, anggota, pesara polis termasuk seorang balu telah menerima pingat yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Penerima pingat tersebut merupakan dari kalangan Komando 69, Briged Tengah PGA, Briged Utara PGA, Briged Sabah, Unit Tindak Khas (UTK) serta lain-lain formasi PDRM yang bertugas semasa OP DAULAT.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim serta Pegawai-pegawai Kanan.

IMG_2829
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

IMG_2466
Antara pegawai kanan yang menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN)..

IMG_2765
Antara penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN)..

IMG_2484
Antara penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN)..

IMG_2754
Antara pesara polis yang menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN)..

IMG_2512
Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan semasa majlis berlangsung..
ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2015 7.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM