Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 2 Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Bukit Aman - 23 Julai 2008 bersamaan 20 Rejab 1429H. Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-2 Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tilawah-al-quran-kali-ke-2-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:45 MYT

Bukit Aman - 23 Julai 2008 bersamaan 20 Rejab 1429H. Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-2 Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

YDH IGP Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara merangkap Penaung Masjid telah merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-2 ini. Hadir sama di majlis tersebut, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, SAC I Dato' Haji Zamri Yahya, Ketua Penolong Pengarah (E2M) merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota PDRM dan juga kakitangan awam.

Objektif majlis ini adalah mempertingkatkan mutu bacaan dan penghayatan Islam di kalangan peserta dan hadirin di samping itu memilih wakil peserta ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM yang akan diadakan pada 4 Ogos 2008 hingga 6 Ogos 2008 di Maktab PDRM Cheras.

Seramai 10 orang peserta (8 lelaki dan 2 perempuan) telah mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah Al-Quran kali ini. SI Hj. Tahir Malik dari Jabatan Pengurusan telah diumumkan sebagai Johan Qari bagi 2 tahun berturut-turut. Naib Johan pula dimenangi oleh Ustaz Mohd Khairul Amilin Zakaria dari Unit BAKA Jabatan Pengurusan manakala tempat ke-3 pula dimenangi oleh En. Azwan Tamin dari Unit Pendaftaran Jabatan Siasatan Jenayah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Al-Husna, Anak-Anak Polis Bukit Aman. Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-2 ini diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Ybhg. Ustaz Abd. Aziz Jusoh, KPP Agama (BAKA).

YDH IGP Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan turut menyampaikan hadiah dan saguhati kepada jemaah hakim dan semua peserta yang mengambil bahagian.

Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 2 Peringkat Bukit Aman
SI Hj. Tahir Malik dari Jabatan Pengurusan telah diumumkan sebagai Johan Qari bagi 2 tahun berturut-turut.

Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 2 Peringkat Bukit Aman
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Al-Husna menambahkan lagi kemeriahan majlis. 

Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 2 Peringkat Bukit Aman
Para peserta dan pemenang bergambar kenangan di akhir majlis.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM